Khamis, 18 Julai 2013

Kesempitan rezeki

Teks: Jazilah Mohd Saad


Bismillah...Assalamualaikum
Hari ini masih lagi berbicara soal rezeki. Sering kita merungut rezeki lambat namun kita mungkin tidak sedar nahawa apa yang kita lakukan selama ini tidak mampu membukakan kunci pintu rezeki daripada Allah. Justeru kita perlu menilai kembali amalan ibadat kita..sejauhmana kita menyegerakan hak-hak Allah berbanding hak kita sendiri.
Amalkan 20 perkara ini..mudah-mudahan Allah memberi jalan kepada kita mendapatkan kunci pintu rezeki kebaikan di dunia dan akhirat:
  • selalu menyempatkan diri untuk beribadah
  • meninggalkan perbuatan dosa
  • sentiasa ingat kepada Allah
  • berbakti dan mendoakan ibu bapa
  • berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  • tunaikan hajat orang lain
  • banyak berselawat
  • buat kebajikan sebanyak-banyaknya
  • berpagi-pagi
  • menjalinkan silaturrahim
  • membiasakan diri sentiasa berwuduk
  • membiasakan soalt malam-tahajud
  • membiasakan solat dhuha
  • bersyukur kepada Allah
  • amalkan zikir dan bacaan ayat alquran tertentu
  • berikhtiar setelah kuat berusaha
  • bertawakkal
sumber: FB Datuk Maznah Hamid

Miliki e book 9 formula seru reseki.

Isnin, 15 Julai 2013

Seru rezeki



Teks: Jazilah Mohd Saad

Entri kali ini masih lagi berkisar mengenai rezeki.  Apabila disebut rezeki apa yang lantas terfikir adalah duit semata-mata sedangkan konsep rezeki perlu dilihat lebih meluas lagi. Rezeki mencakupi pelbagai aspek kehidupan samada anak, idea, urusan seharian, pangkat dan pelbagai lagi urusan yang bersangkut paut dengan kehidupan, Sesungguhnya semua itu adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Hanya Dia semata-mata sumber rezeki. Bukan bos, bukan pelanggan dan bukan juga kepandaian dan kebijaksanaan kita. Justeru untuk memudahkan rezeki masuk dan melimpah ruah, pintalah dan mohonlah kepada sumber rezeki tersebut.

Sewaktu mula-mula habis belajar dulu orang selalu cakap kat saya…pergila jumpa orang tu..orang ni untuk dapatkan kerja..mesti dapat . orang kata juga kalau tak kenal orang dalam maka susahla nak dapat kerja. Namun Alhamdulillah tanpa orang dalam saya masih juga mendapat peluang pekerjaan sebagaimana yang diidamkan. Hanya bersabar dan memohon mengikut saluran yang ditetapkan.

Namun kalau kita dah berusaha tapi masih menemui jalan buntu, cuba selidiklah apa yang telah kita lekukan selama ini…bagaimana dengan ibadah kita..mungkin ada sesuatu yang tidak diperkenankan olehNya sehingga susah sangat hendak dikurniakan apa yang dipohon.

Antara Sebab kenapa rezeki susah masuk adalah:

  • Banyak berbuat maksiat
  • Tidak bersyukur
  • Riak bila bersedekah
  • Kurang beristighfar
  • Gemar mengungkit pemberian
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

Mungkin dengan berbuat dan meninggalkan amalan yang sepatutnya rezeki akan melimpah ruah.
Ebook 9 formula pantas seru rezeki ini telah menambahkan lagi keyakinan saya terhadap amalan selama ini....Alhamdulillah.

Rabu, 10 Julai 2013

Istighfar boleh jadi kaya??

Teks: Jazilah Mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim

Istighfar boleh jadi kaya? Hmm pelik kan? bunyinya pelik tapi sebenarnya tidak. itu adalah janji Allah dalam surah Nuh ayat 10 -12 bermaksud:
Sehingga aku berkata pohonlah ampun kepada tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha pengampun. sekiranya kamu berbuat demikian ia akan menghantar hujan  yang lebat dan mencurah-curah kepada kamu. dan ia akan memberi kepada kamu harta kekayaan serta anak-pinak. ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.

Harusnya pada siapa lagi kita hendak percaya jika tidak pada janji-janji Allah ini. cubalah beristighfar sedikit demi sedikit. mulakan dengan hanya 10 kali setiap selesai sembahyang fardu dan berterusan secara istiqamah di tambah dari hari ke hari seboleh-bolehnya mencapai 1000x sehari. InsyaAllah anda akan merasai perubahannya.