Andai tidak mampu menyenangkan
orang lain cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang
Bunyinya cukup mudah namun pelaksanaannya tidak mungkin
begitu.
Itu janji Allah….namun sedar tak sedar dalam kehidupan
seharian betapa kita banyak menyusahkan kehidupan orang lain samada sengaja
ataupun tidak. Saya suka mengaitkan perkara ini dengan kehidupan seharian
sendiri. Mungkin ada yang bersetuju mungkin ada yang tidak.
Setiap pagi saya akan menghantar anak ke dua buah sekolah
yang berlainan. Namun dalam perjalanan saya akan singgah di tiga tempat..
pertama untuk meletakkan pakaian sekolah anak di tempat transit, kedua sekolah
agama anak dan ketiga tadika. tiga tempat berbeza namun situasi dan keadaan hampir sama dengan orang yang berbeza. selalu saya perhatikan masyarakat kita cukup tidak prihatin dengan orang lain. suka meletakkan kereta atau memberhentikan kereta mereka sesuka hati. Apakah mereka tak perasan bahawa dengan perbuatan itu mereka telah menghalang laluan orang lain dan menyusahkan orang lain sehinggakan adakalanya menyebabkan kesesakkan kepada jalan tersebut. Apa yang lebih saya tak berkenan adalah mereka memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pagar sekolah...apalah salahnya sekiranya jauh sedikit atau kalau takpun masuklah ke dalam ruang sekolah yang dibenarkan dan buat sedikit pusingan. Oleh kerana tidak ingin menyusahkan diri maka jadilah perlakuan kita menyusahkan orang lain pula ...alanglah malangnya. itulah kita..sikap kita.
من
ضار ضار الله به ومن شاق شاق الله عليه
Maksudnya: Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkannya dan barang siapa yang menyusahkan orang lain maka Allah akan menyusahkannya pula
Riwayat abu daud no 3635
marilah kita sama-sama bermuhasabah dan berlapang dada semoga apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan seharian kita tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain.
Ya Allah aku memohon keampunan daripadamu.
Salam Nisfu Syaaban