Jumaat, 4 Januari 2013

Anak-anak

Assalamualaikum dan salam jumaat.
Jumaat pertama bagi tahun 2013...penuh azam dan semangat,  semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya terutama berkaitan ibadah dan amal soleh kepada Allah.
Tahun ini tahun pertama anak sulung bersekolah pagi....selepas sekolah sempat balik ke rumah untuk menunaikan solat jumaat sebelum pergi semila ke sekolah Agama pada waktu petang.  Tugas menghantar dan mengambil beliau pastinya terpaksa saya lakukan memandang kan  tempat kerja abahnya yang jauh untuk beliau balik pd waktu tghari. Sebagai seorang onu pastinya saya amat bersyukur kerana keinginan untuk melaksanakan solat Jumaat itu terbit daripada beliau sendiri
 Semoga Allah mengurniakan kepada beliau rahmat dan menjadi kan beliau anak yang soleh. Amin