Rabu, 29 September 2010

hari yang cukup sibuk bagiku....seperti biasa selepas antar anak pegi sekolah agak2 around 8.00 am aku siap2kan diri untuk memulakan sesi studyku. tak sampai beberapa ayat ditulis dan dibaca teringat pulak kena p sekolah hakimi bagi urusan pertukaran sementara di Sk Pulau Rusa.

turun dari rumah dengan penuh harapan agar segalanya mudah bagiku....sesungguhnya tak semua apa yang kita harapkan akan kita perolehi. kuingat hari ni aku boleh settlekan semuanya berkenaan urusan sekolah Hakimi...GB plak takda kat opis. terpaksala turun lagi sekali esok. turun banyak kali aku tak kisah sangat..yang aku angin kalu yang handle kes kita buat mcm nak tak nak je..nasib baik aku poso ari ni...kalu tak dah pasti aku bagik jer ayat2 power kat staff sekolah tu..hu..hu sabar2, banyakkkan sabar dengan kerenah manusia2 ni..

Khamis, 18 Februari 2010

Salam,


Hari ini aku ke Sri Aman mengendalikan kes di sana. Pukul 6 turun dari rumah. pastinya sebelum keluar aku dah siapkan segalanya untuk anak-anak & husband untuk breakfast dan lauk tengahari untuk anak-anak. Perjalanan ambil masa 2 jam setengah. boring gak coz aku berdua jak dengan driver. Tak de topik menarik yang boleh disembangkan..tu yang buat aku tambah boring.


Tak banyak kes yang aku kendalikan hari ni, walau apaun aku cukup berpuas hati coz sekurang-kurang aku telah dapat membantu mengurangkan sedikit bebanan di hati klien. 2 kes telah diselesaikan melalui sulh di luar mahkamah. ringan skit bebanku. satu kes lagi aku proceed dengan bicara sebelah pihak. banyak jugak perkara yang aku dapat belajar hari ni. banyak jugak soalan-soalan yang aku terlepas pandang nak ditanya pada klienku. rasa di hati dah habis soalan. mungkin pengalamanku tak cukupbanyak untuk aku buat pertimbangan mengenai kelayakan seseorang hadhinah. Yang Arif bertanyakan mengenai hutang-hutang yang terbeban pada plaintif...sejenakku terfikir..aa la kenapa aku tak tanya soalan tu....penting sebbenarnya untuk tahu bebanan hutang plaintif bagi menilai dengan kemampuan kewangan yang ada mampu tak plaintif menyara anak-anak sekiranya tidak mendapat nafkah daripada defendan.


lepas kes aku jumpa klien yang minta nasihat.....mmm lelaki macam hal dibuatnya....tak kesian kah pada anak-anak dan isteri. sanggup dibiarkan isteri dan anak-anak tanpa sebarang belanja. dah la si isteri merantau dari Semenanjung mengikut suami ke sini. dibuatnya macam ni. tak berhati perut sungguh. itu satu hal, satu hal lagi kes penderaan....macam-macam pesen manusia dalam dunia ni. pabila aku fikir semuanya terjadi apabila agama di letakkan di kaki bukan dijunjung. bersyukurlah sekiranya anda mempunyai suami dan isteri yang baik




Sabtu, 13 Februari 2010

Penulisan

hati berkira-kira nak jadi penulis, tapi nak tulis apa ya??? boleh ke aku ni nak menulis???Teringat balik apa yang tuan Faudzul sebut masa bengkel Penulis Super hari tu......benda yang kita nak tulis biarlah benda yang dekat dengan diri kita. Kita ni pulak suka bercakap bagi pihak orang lain. Ye la belum kita cuba belum tentu apa hasilnya. Ada betulnya apa yang Tuan Faudzul sebutkan. Keriasauan pandangan dan kata-kata orang sering membantutkan hasrat aku. Bimbang nanti orang kata, ala tulisan macam ni pun ada hati nak menulis...ah....pedulikan bisikan-bisikan yang tak ada maknanya itu. InsyaAllah aku bertekad akan mulakan usaha-usaha mengumpul segala maklumat yang aku ada. semoga usaha ke arah itu akan berterusan. Semoga Allah permudahkan segala urusanku. Ameen.

Jumaat, 8 Januari 2010

Cerita awal tahun

salam untuk semua,

lama sungguh saya tak menulis dalam blog. Rasa rindu plak,

minggu pertama tahun baru, suatu pengalaman yag baru bagi diri saya dan mungkin ibu-ibu lain di luar sana. ya la, kali pertama dalam hidup mengurus anak masuk sekolah. rasanya anak-anak tak lah sebegitu teruja berbanding mak bapak.. mak bapak pulak yang lebih2. bukan apa bercampur baur antara seronok, risau, bangga dan macam-macam persaan lagi. bagi meraikan anak masuk darjah 1, saya ambik cuti seminggu.

hakimi dah masuk darjah 1 tahun ni, memangseronok sangat, selain dapat kawan, apa yang paling dia seronok......ha ..ha kantin, seronok betul dia cerita kat sekolah ada kantin, mmm tak payah baawak bekal mama, kat kantin dah ada semuanya...boy..boy dah besar anak mama rupanya. sebelum ni kami tak pernah ajar pun dia membeli, bukan apa, nanti kang hari2 nak pi kedai, apatah lagi kedai selang beberrapa rumah je.

gelaagat anak mengingatkan kita pada pengalaman waktu kita mula-mula sekolah dulu.. dulu kat kampung, jalan kaki je, mak antar pun jalan kaki, selang 2 hari terus pergi dan balik sendiri, mak ayah tak risau apa2. tapi sekarang cukup berbeza. dengan situasi kerja dan faktor keselamatan cukup merisaukan ibu bapa. anak lelaki dan pompuan sama je risaunya. InsyaAllah, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar