Rabu, 16 Julai 2014

Persiapan raya vs amalan ramadan

Teks: jazilah Mohd Saad

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua.
Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk terus menikmati kehidupan anugerah Allah. Sedar tak sedar kita sudah menginjak ke akhir Ramadan. Separuh ramada telah berlalu. Bagaimana agaknya kualiti ibadah kita?  Adakah ianya lebih baik dari sebelumnya ataupun hanya biasa-biasa sahaja ataupun lebih teruk dari sebelumnya. hanya kita sahaja yang mampu menilai kualiti ibadah kita. Harapnya kita bukanlah tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.
Tibanya pertengahan ramadan, maka mulalah kedengaran lagu raya di sana sini. Berduyun-duyunlah lelaki wanita, tua muda, kecil besar menjadi tetamu pasaraya, kedai-kedai dan butik-butik bagi menyediakan keperluan hari raya. Tambahan pula bagi yang mendapat bonus daripada majikan, berbelanja sakanlah mereka.
harapnya keghairahan kita menyambut raya tidak sesekali melalikan kita daripada mengisi ruang-ruang dan peluang yang ada untuk merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan. tatkala sibuk membeli belah sebenarnya ada ruang dan peluang untuk kita sama-sama merebuty ganjaran pahala.
Antara tips membuat persiapan raya tanpa melalaikan ibadah sunat:
*mulut tidak lekang daripada beristighfar sepanjang masa.
*mengisi masa-masa terluang semasa menunggu anak-anak, suami atau isteri membeli belah dengan membaca ayat-ayat alquran yang dihafal
*sentiasa membawa sedikit duit kecil untuk memberi sumbangan kepada mana-mana orang yang dirasakan sesuai seperti tukang sapu ataupun peminta sedekah.

Semoga ada manfaatnya*****