Rabu, 10 September 2014

7 cara menjual baju kurung di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Terima kasih kerana anda sudi
membaca catatan di blog ini. Pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda
tentang 7 cara menjual baju
kurung di Facebook.


1. Bina Fan Page

Anda perlu ada kedai online di
Facebook. Nak bina Fan Page
tak susah. 5 - 10 minit sudah
siap.

Jemput rakan-rakan untuk Like
pada Fan Page anda.


2. Masukkan gambar-gambar baju kurung

Ambil gambar baju-baju kurung yang
bakal anda jual. Digalakkan guna
kamera digital untuk mendapatkan
gambar yang berkualiti.

Jika anda guna telefon kamera,
bimbang kalau gambar baju
kurung kabur dan tidak jelas.


3. Lengkapkan maklumat baju kurung

Masukkan perkara yang berkaitan
dengan baju kurung yang dijual.

Contohnya dari segi ukuran, saiz,
jenis kain dan jenis baju kurung.

Ia akan memudahkan anda
berurusniaga dengan
pelanggan.


4. Nyatakan kaedah tempahan dan
bayaran

Berikan maklumat bagaimana untuk
menempah baju kurung dan langkah
pembayaran yang perlu dipatuhi.

Digalakkan menggunakan akaun
bank seperti Maybank dan CIMB.

Pastikan pelanggan menghantar
bukti pembayaran menerusi
emel atau SMS.


5. Balas setiap soalan dan komen

Jawab setiap soalan dan komen
dari prospek sepantas boleh.

Ini akan meningkatkan kepercayaan
prospek terhadap anda sekaligus
menjadi pelanggan.


6. Upah model baju kurung

Cari model yang boleh menggayakan
baju kurung yang anda jual. Ini
lebih baik daripada guna
patung berbaju kurung.

Jadi baju kurung tersebut akan
kelihatan hidup dan mampu
menarik perhatian pembeli.


7. Kongsikan panduan dan nasihat

Kongsikan panduan pemakaian baju
kurung dari masa ke semasa.
Selitkan panduan memilih corak
dan kain untuk baju kurung.

Berikan nasihat ini kepada Fans
supaya mereka dapat manfaat
dari Fan Page anda.

Mereka pasti akan Share informasi
tersebut pada Wall masing-masing
dan Fan Page anda akan menjadi
Viral tanpa perlu buat Facebook
Ads.


Kesimpulan

Saya mendoakan anda supaya
mendapat gambaran tentang
tips bisnes baju kurung ini.


Untuk lebih banyak informasi
Bisnes Baju Kurung, terus
layari laman ini :

http://www.ashadee.net/go/164/jazilah



Salam kejayaan,


[nama anda]

Khamis, 28 Ogos 2014

Set Diet Pilihan

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=925e3987f7ed37663f47d36d5749bb48

Rabu, 6 Ogos 2014

Pengalaman mempunyai maid

Teks: Jazilah mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim dengan Nama Allah Yang Maha pemurah lagi maha Mengasihani. Sekadar perkongsian.

Keperluan terhadap pembantu rumah aka orang gaji aka maid semakin meningkat selari dengan perkembangan kemajuan negara. Apatah lagi kebanyakan isteri/ibu turut sama bekerja bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. (bersyukuslah Wahai suami-suami di luar sana). Saya seperti mana kebanyakan isteri dan ibu di luar sana juga tidak terkecuali.

Saya mula mengunakan khidmat pembatu rumah pada tahun 2008, pada masa tu tahun kedua berkhidmat di Sarawak. bidang tugas pula memerlukan saya sentiasa travel ke luar daerah. Dipendekkan cerita akhirnya saya memperolehi seorang pembantu yang berasal dari bandung. berumur lewat 40 an. Awalnya saya sedikit skeptikal melihat bagaimana cara dia melayan anak-anak. tapi perasaan tu dibiarkan saja memandangkan masih baru. Hampir setengah tahun masa berlalu...kami pernah membawa dia balik ke semenanjung untuk berhari raya dan pada masa yang sama saya dan suami menunaikan umrah. semasa di rumah kakak dia pernah keluar ke Kuala Lumpur dan meninggalkan anak-anak bersama kakak. namun lama kelamaan dia mula menunjukkan perangai yang sebenar. pada mulanya kami tidak berapa nak percaya apabila jiran-jiran menceritakan kisah dan kejadian sewaktu ketiadaan kami. akhirnya kami sepakat meletakkan pita perakam.
pada waktu tengahari suami saya balik mnegambil pita rakaman dan alangkah terkejutnya rupa-rupanya dia hanya bermuka-muka. belum sempat lagi kereta keluar dari kawasan rumah dia sudah memulakan sesi penderaan emosi anak-anak. huh.....ditengking, di marah disumpah dan diseranah. antara yang boleh saya katakan hati mendidih dengan apa yang dilakukan.
Tanpa berfikir panjang saya terus membatalkan permit kerja beliau dan menelefon ejen untuk urusan penghantaran balik. Dalam hari yang sama semua urusan selesai. Alhamdulillah pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam mencari dan memilih orang gaji. Kita mungkin sering melupakan bisikan naluri yang kita gelar sebagai instinct". Sesekali kita wajar untuk tidak mudah mengambil mudah dengan perasaan itu kerna adakalanya ia betul. Apatah lagi naluri seorang ibu terhadap apa yang berlaku terhadap anaknya.

Semoga ada manfaatnya************

Rabu, 16 Julai 2014

Persiapan raya vs amalan ramadan

Teks: jazilah Mohd Saad

Assalamualaikum dan salam hormat buat semua.
Alhamdulillah kita masih diberi nafas untuk terus menikmati kehidupan anugerah Allah. Sedar tak sedar kita sudah menginjak ke akhir Ramadan. Separuh ramada telah berlalu. Bagaimana agaknya kualiti ibadah kita?  Adakah ianya lebih baik dari sebelumnya ataupun hanya biasa-biasa sahaja ataupun lebih teruk dari sebelumnya. hanya kita sahaja yang mampu menilai kualiti ibadah kita. Harapnya kita bukanlah tergolong dari kalangan orang-orang yang rugi.
Tibanya pertengahan ramadan, maka mulalah kedengaran lagu raya di sana sini. Berduyun-duyunlah lelaki wanita, tua muda, kecil besar menjadi tetamu pasaraya, kedai-kedai dan butik-butik bagi menyediakan keperluan hari raya. Tambahan pula bagi yang mendapat bonus daripada majikan, berbelanja sakanlah mereka.
harapnya keghairahan kita menyambut raya tidak sesekali melalikan kita daripada mengisi ruang-ruang dan peluang yang ada untuk merebut ganjaran pahala di bulan Ramadan. tatkala sibuk membeli belah sebenarnya ada ruang dan peluang untuk kita sama-sama merebuty ganjaran pahala.
Antara tips membuat persiapan raya tanpa melalaikan ibadah sunat:
*mulut tidak lekang daripada beristighfar sepanjang masa.
*mengisi masa-masa terluang semasa menunggu anak-anak, suami atau isteri membeli belah dengan membaca ayat-ayat alquran yang dihafal
*sentiasa membawa sedikit duit kecil untuk memberi sumbangan kepada mana-mana orang yang dirasakan sesuai seperti tukang sapu ataupun peminta sedekah.

Semoga ada manfaatnya*****

Khamis, 18 Julai 2013

Kesempitan rezeki

Teks: Jazilah Mohd Saad


Bismillah...Assalamualaikum
Hari ini masih lagi berbicara soal rezeki. Sering kita merungut rezeki lambat namun kita mungkin tidak sedar nahawa apa yang kita lakukan selama ini tidak mampu membukakan kunci pintu rezeki daripada Allah. Justeru kita perlu menilai kembali amalan ibadat kita..sejauhmana kita menyegerakan hak-hak Allah berbanding hak kita sendiri.
Amalkan 20 perkara ini..mudah-mudahan Allah memberi jalan kepada kita mendapatkan kunci pintu rezeki kebaikan di dunia dan akhirat:
  • selalu menyempatkan diri untuk beribadah
  • meninggalkan perbuatan dosa
  • sentiasa ingat kepada Allah
  • berbakti dan mendoakan ibu bapa
  • berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  • tunaikan hajat orang lain
  • banyak berselawat
  • buat kebajikan sebanyak-banyaknya
  • berpagi-pagi
  • menjalinkan silaturrahim
  • membiasakan diri sentiasa berwuduk
  • membiasakan soalt malam-tahajud
  • membiasakan solat dhuha
  • bersyukur kepada Allah
  • amalkan zikir dan bacaan ayat alquran tertentu
  • berikhtiar setelah kuat berusaha
  • bertawakkal
sumber: FB Datuk Maznah Hamid

Miliki e book 9 formula seru reseki.

Isnin, 15 Julai 2013

Seru rezeki



Teks: Jazilah Mohd Saad

Entri kali ini masih lagi berkisar mengenai rezeki.  Apabila disebut rezeki apa yang lantas terfikir adalah duit semata-mata sedangkan konsep rezeki perlu dilihat lebih meluas lagi. Rezeki mencakupi pelbagai aspek kehidupan samada anak, idea, urusan seharian, pangkat dan pelbagai lagi urusan yang bersangkut paut dengan kehidupan, Sesungguhnya semua itu adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Hanya Dia semata-mata sumber rezeki. Bukan bos, bukan pelanggan dan bukan juga kepandaian dan kebijaksanaan kita. Justeru untuk memudahkan rezeki masuk dan melimpah ruah, pintalah dan mohonlah kepada sumber rezeki tersebut.

Sewaktu mula-mula habis belajar dulu orang selalu cakap kat saya…pergila jumpa orang tu..orang ni untuk dapatkan kerja..mesti dapat . orang kata juga kalau tak kenal orang dalam maka susahla nak dapat kerja. Namun Alhamdulillah tanpa orang dalam saya masih juga mendapat peluang pekerjaan sebagaimana yang diidamkan. Hanya bersabar dan memohon mengikut saluran yang ditetapkan.

Namun kalau kita dah berusaha tapi masih menemui jalan buntu, cuba selidiklah apa yang telah kita lekukan selama ini…bagaimana dengan ibadah kita..mungkin ada sesuatu yang tidak diperkenankan olehNya sehingga susah sangat hendak dikurniakan apa yang dipohon.

Antara Sebab kenapa rezeki susah masuk adalah:

  • Banyak berbuat maksiat
  • Tidak bersyukur
  • Riak bila bersedekah
  • Kurang beristighfar
  • Gemar mengungkit pemberian
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

Mungkin dengan berbuat dan meninggalkan amalan yang sepatutnya rezeki akan melimpah ruah.
Ebook 9 formula pantas seru rezeki ini telah menambahkan lagi keyakinan saya terhadap amalan selama ini....Alhamdulillah.