Rabu, 19 Oktober 2011

ingatan buat diri dan insan yang bernama isteri.....


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.

TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau siisteri yang mengalah / `surrendered',di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribukan seorang yang istimewa seperti kamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 -Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, sebaik-baik penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan. Kutiplah mutiara kebijaksanaan di mana jua engkau menemuinya. Jadilah manusia berilmu dan bermaklumat. Buatlah keputusan berasaskan ilmu, hadapi segala cabaran dengan senjata ilmu, pelihara hakmu melalui keteguhan ilmu dan pertahankan hujahmu dengan kubu ilmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 24 - Perbaiki mutu komunikasi antara engkau dan suami. Semoga tiada yg terselindung, hingga yang satu pihak lagi hanya bersangka-sangka dan berteka-teki. Sekiranya suamimu makin kasar tingkahnya, mungkin ada terselit kekecewaan di hatinya - hingga keganasan jadi pilihan. Jangan terus-menerus menjadi mangsa penderaan. Hentikan segala kemelut rumahtangga!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 25 - Jangan jemu berbakti kepada keluargamu. Semuanya InsyaAllah, dikira ibadah oleh Allah SWT. Memang kadangkala seperti tiada siapa yg peduli apatah lagi menghargai penat lelah dan payah jerihmu. Bukankah manusia sememangnya pelupa.Namun, kita punya Allah SWT yg tidak pernah terleka, terlalai atau tertidur dari memerhatikan kita!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 26 - Perbanyakkan sedekah kepada ahli keluargamu. Bagi isteri bekerjaya, peruntukkan sebahagian gajimu utk infaq dan perbelanjaan keluarga. Namun, izinkanlah suamimu menyara dirimu, semampunya. Jgn ambil alih tgjwbnya mencari rezeki yg halal buatmu dan keluarga. Mudah2an kehidupanmu sentiasa dalam kecukupan yg barakah....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 27 - Luahkan keinginanmu untuk dihargai dan disayangi. Khusus bagi yg tidak bekerjaya di luar rumah, keperdulian suami dan anak2 buatmu adalah penyegar tubuh dan emosi yg kepenatan. Jangan terus menjeruk perasaan. Amat wajar untuk engkau nyatakan apa yg terbuku secara terus dan terang. Sesungguhnya, engkau memang berhak disayangi dan dihargai.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 28 - Pastikan solatmu kerap diimami oleh suamimu. Jgn lepaskan peluang utk mengaminkan setiap titipan doanya. Jika suamimu seorang yg tersangkut hatinya di masjid/surau - sesekali, mohonlah hakmu untuk dipimpin dalam solatmu. Namun jika suamimu seorg yg sengaja engkar dan berani meninggalkan solatnya - jgnlah jemu memperingatkan tugas utamanya sbg abdi Allah yg Maha Besar kekuasaan-Nya!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 29 - Jangan berdendam terhdp perbuatan silap suamimu yg silam. Cubalah memaafkan dan hilangkan amarah di dada. Engkau mungkin sukar utk melupakan, namun engkau ada pilihan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya. Jgn biarkan api membakar sekam, nanti yg tinggal hanyalah abu dan arang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 30 - Carilah seorang sahabat setia yg boleh berkongsi kesedihanmu, namun cukup amanah utk menjaga segala keaibanmu. InsyaAllah, engkau tidak akan sukar mencari sahabat sebegitu, jika engkau sendiri sentiasa menjalankan tgjwb seorang sahabat sejati kpd org lain. Jgn cuba dipendam-pendam, disorok dan dijeruk perasaan yg luka....bimbang kelak tak tertanggung lagi.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran-AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 : Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 : Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 : Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 36 - Mulakan nasihat buat suamimu dengan niat tulus, mulus dan penuh keikhlasan. Buang jauh2 rasa megah, bangga diri dan lebih hebat, kerana perasaan itu nanti akan mempengaruhi pilihan ayat, gerak badan dan ekspresi muka semasa mula bertutur. Bijaklah mencari masa yg sesuai dan santai. Bersedia utk mendengar jawapan balas dan alasannya dgn tenang. Jika suasana menjadi tegang, berundurlah buat seketika - esok lusa, kita akan terus mencuba!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 37 - Peliharalah baik-baik hatimu dari dihinggapi penyakit mazmumah - takabbur dan bangga diri. Sesungguhnya, itulah racun senjata utama syaitan laknatullah merosakkan anak Adam. Sekiranya suami isteri dihinggapi perasaan ini, retak akhirnya membawa belah. Bila sahaja terasa diri lebih hebat dari suami, beristighfarlah & pohonlah perlindungan Allah. Jika engkau mampu mengatasinya, paling tidak, engkau hanya perlu berdepan dengan keegoan suamimu sahaja. Jangan jadi mangsa mudah syaitan yg menunggu2 peluang memporak-perandakan rumahtangga yg dibina!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 38 - Hiasilah wajahmu dengan senyuman manis diukir ikhlas dari hati, setiap kali engkau berhadapan dengan suamimu. Mengukir senyuman jauh lebih mudah dari mengerutkan dahimu atau membiarkan wajahmu masam mencuka. Kuntumkan senyuman sepanjang perbualan telefon bersama suamimu. Nescaya suamimu akan lebih mudah menghadiahkan senyumannya pula buatmu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 39 - Keraplah menghantar suamimu di muka pintu, tika dia keluar bekerja (bagi sesiapa yang berkesempatan). Doakan kesejahteraannya, moga hari ini terlindung dia dari kejahatan dan penyelewengan. Moga terpelihara segala ibadah khususnya. Mudah-mudahan, petang nanti, kita akan dipertemukan lagi dalam suasana iman yang bertambah & kasih sayang yang melimpah ruah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 40 - Jadilah teman karib suamimu - yang sudi berkongsi suka dan duka bersama. Fahamilah kebimbangan dan kerisauannya, memastikan diri dan ahli keluarganya terlindung dari api neraka sebagaimana diperintahkan Allah dalam Surah AtTahrim, ayat ke6. Jika jelas terbukti dia terlupa perintah tersebut, peringatkanlah. Semoga ketaqwaan terus menjadi bekalan.

SUmber: Dr. Har

phd journey

Bismillahirrahmanirrahim,
Lama sungguh tak buat coretan dekat blog ni.....tak istiqamah betul la. Nak kata sibuk tak juga. tapi adalah juga kerja-kerja yang perlu dsiapkan segera.

Semalam dah finalised checklist form untuk buat field work... Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah menemukan aku dengan insan-insan yang baik yang sedia membantu tatkala ku kebuntuan. ketiga-tiga supervisor yang dilantik sememangnya best...superb...especially my third sv..she's really good..she did the thing that she supposely should'nt, termalu aku...ye..la dah terbawa-bawa sikap sarcastic orang lain dalam menilai dirinya. padahal dia bukanlah sebagaimana yang diceritakan. hopefully a good relationship between me and her will continue untill the end.


Khamis, 14 Julai 2011

makanan haram/halal

Last week masa pegi Johor...ada bersembang dengan pakcik belah suami pasal daging******.....sedikit terkejut apabila dia kata minyak/gelatin dari sumber*****  boleh makan la....maksud dia apabila struktur benda tu dah menjalani proses-proses yang sepatutnya. Aku bab2 gini memang sedikit ortodok apatah lagi bila terbaca penyelidikan saintis2 mengenai betapa tak eloknya benda tu....untuk dapat kepastian pasal benda tu aku telah google dan terjumpa perbincangan mengenai isu ini:
Bagaimana Hukumnya Marsmallow
” ketegori Muslim. Assalamualaikum,
Saya adalah guru di sebuah SD Islam. Dua hari yang lalu, anak-anak didik saya mendapat katering yang salah satu itemnya adalah makanan kecil berupa mars mallow. Saya cukup kaget, sebab pernah baca bahwa mars mallow mengandung minyak babi. Apalagi pada kemasan makanan itu tidak ada tanda halalnya dan berupa tulisan Cina.
Ketika saya konfirmasi lagi ke guru lain dan wakil kepsek, mereka masih ingin bukti bahwa mars mallow itu halal atau haram, sedangkan artikel tentang mars mallow, tidak saya simpan.
Mohon ustadz jelaskan bagaimana sebenarnya mars mallow itu. Dan bagaimana caranya supaya saya bisa meyakinkan rekan-rekan di sekolah supaya tidak mengkonsumsi suatu yang syubhat. Mereka memang banyak yang belum tahu. Walaupun sekolah saya sekolah Islam terkenal tapi perhatian ke arah makanan halal dan haram, agak kurang. Seperti masih ada yang menjadikan Hoka-hoka Bento sebagai komsumsi anak-anak. Terima kasih untuk jawabannya.
Herti Windya Puspasari
Jawaban
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Kekhawatiran Anda itu barangkali karena banyak tulisan yang cenderung berhati-hati dalam masalah kehalalan makanan. Salah satunya barangkali apa yang ditulis di Republika oleh Ir. Muti Arintawati MSi, auditor LP POM MUI. Intinya beliau mengingatkan kepada kita agar berhati-hati mengkonsumsi makanan yang mengandung gelatin. Dan menurutnya, marshmallow yang beredar di negeri kita, adalah hasil impor dari luar negeri, yang tidak ada jaminan gelatinnya bukan dari babi.
Beliau menuliskan bawa bahan utama yang digunakan untuk membuat marshmallow modern adalah gelatin, putih telur, gula atau sirup jagung, dan flavoring. Letak kekhawatirannya ada pada gelatin, yang menurutnya banyak yang terbuat dari babi.
Jika gelatin berasal dari babi maka sudah jelas statusnya menjadi haram. Akan tetapi meskipun berasal dari sapi, cara penyembelihannya perlu diketahui untuk memastikan kehalalannya. Menurut beliau, kewaspadaan terhadap produk marshmallow ini semakin perlu dipertinggi karena pada kenyataannya, produk marshmallow yang beredar di pasaran Indonesia masih merupakan produk impor. Jenis gelatin yang digunakannya jarang dinyatakan secara jelas. Sementara, penggunaan gelatin ikan pada produk marshmallow masih sangat terbatas.
Ada beberapa produk marshmallow untuk vegetarian yang menggunakan gelatin ikan atau bahkan membuatnya secara tradisionil menggunakan bahan baku akar marshmallow. Akan tetapi sayangnya produk-produk vegetarian tersebut tergolong mahal.
Sikap beliau sebagai auditor memang perlu kita hargai. Dan kita yakin bahwa niat dan tujuannya baik, yaitu mengingatkan kita agar terjaga dari mengkonsumsi dari memakan makanan yang haram. Sebagai petugas, beliau sudah menjalankan tugasnya dengan baik.
Kaidah Fiqih
Di sini kami akan memberikan ulasan singkat tentang kaidah fiqih dalam masalah kehalalan makanan. Hukum halal tidaknya suatu makanan, berbeda dengan hukum ibadah ritual atau mahdhah.
Prinsip dasar ibadah ritual adalah segala bentuk ibadah ritual itu haram dikerjakan, kecuali bila ada dalil yang memerintahkannya. Segala gerakan shalat itu haram, kecuali bila ada dalil shahih dari Rasulullah SAW untuk melakukannya.
Sedangkan masalah di luar ibadah ritual, termasuk masalah kehalalan makanan, prinsipnya terbalik. Segala makanan itu halal hukumnya, kecuali yang disebutkan keharamannya. Kalau logikanya mengikuti logika ibadah ritual, maka hanya sedikit sekali yang boleh dimakan umat Islam. Sebab kalau tidak ada keterangan yang menghalalkannya di dalam Al-Quran atau As-Sunnah, hukumnya haram.
Lalu bagaimana kita boleh makan mangga, rambutan, pisang, jeruk, nasi, lontong, bakmi, pecel dan tahu gejrot, sementara tidak ada satu pun hadits yang menerangkan bahwa Rasulullah SAW pernah memakannya?
Demikian juga dengan makanan hewani, kalau semua harus disebutkan di dalam Al-Quran, tentu kita tidak bebas memilih makanan.
Karena itu, ketahuilah bahwa dalam masalah makanan dan kehalalannya, prinsipnya sederhana. Yaitu asal hukum semua makanan itu halal, kecuali yang disebutkan keharamannya.
Gelatin Babi dalam Pandangan Ulama Dunia
Ada satu informasi menarik yang perlu juga kita pahami. Bahwa keharaman gelatin babi ini ternyata tidak sepenuhnya disepakati para ulama. Ada yang menyatakan haram seperti LP-POM MUI, namun nyatanya ada juga para ulama dunia yang menghalalkannya. Jadi hukumnya masih boleh dibilang ikhtilaf di antara para ulama.
Menarik untuk kita kaji fatwa para ulama yang tertuang dalam Rekomendasi Muktamar ke VII Munadzomah Al-Islamiyyah dalam bidang ilmu kedokteran di Kuwait. Para ulama itu menyebutkan bahwa bila babi sudah mengalami proses perubahan jati diri , maka bisa menjadi halal.
Muktamar yang digelar dari tanggal 22-24/12/1415 bertepatan dengan 22/24/5/1995 adalah muktamar para ulama kaliber dunia yang duduk bersama membahas hal-hal yang berkaitan dengan zat-zat yang diharamkan dan najis yang terdapat dalam makanan dan obat-obatan. Berikut ini cuplikannya yang barangkali bermanfaat buat Anda yang bisa Anda rujuk ke kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaili jilid VII halaman 5265.
Dzat-dzat makanan yang mempergunakan lemak babi dalam pengolahannya tanpa ada perubahaan dzatnya seperti dalam keju, mentega, minyak, biskuit, cokelat dan es krim adalah haram dan tidak halal memakannya secara mutlak. Hal tersebut didasarkan adanya ijma’ para ahli ilmu atas kenajisan lemak babi dan ketidak-halalan memakannya. Dan disebabkan tidak adanya kedaruratan untuk mengkonsumsi bahan makanan tersebut.
Al-istihalah berarti perubahan satu dzat menjadi dzat yang lain yang berbeda sifat-sifatnya, merubah dzat-dzat yang najis dan yang mengandung najis menjadi dzat-dzat yang suci dan merubah dzat-dzat yang haram menjadi dzat-dzat yang dihalalkan secara syara’. Dengan memperhatikan hal tersebut, maka:
  1. Gelatin yang terbuat dari prosaes penyulingan tulang hewan yang najis dan kulitnya adalah suci dan halal dimakan.
  2. Sabun yang dihasilkan dari proses penyulingan lemak babi atau bangkai menjadi suci dengan proses istihalah tersebut dan boleh untuk dipergunakan.
  3. Krim dan bahan-bahan kosmetika yang dalam proses pengolahannya mempergunakan lemak babi tidak boleh dipergunakan kecuali jika proses istihalah telah terbukti dan dzatnya telah berubah. Tetapi jika hal tersebut tidak terbukti maka semuanya masih dianggap najis.
Mungkin Anda akan sedikit bingung dengan fatwa para ulama kaliber dunia dalam kehalalan gelatin ini. Bahkan mungkin yang paling bingung adalah Ibu Ir. Muti Arintawati, MSi., auditor LP POM MUI. Sebab dengan amat yakinnya beliau menyatakan bahwa gelatin babi itu haram, tiba-tiba para ulama dunia yang berkumpul di Kuwait menyatakan kehalalannya.
Namun keterkejutan mereka tidak perlu terlalu lama, sebab memang demikianlah wajah dunia fiqih. Selalu ada perbedaan pandangan, antara yang menghalalkan dan yang mengharamkan. Antara yang terlalu berhati-hati dengan yang memudahkan. Semuanya adalah ijtihad, bila benar akan mendapat 2 pahala dan bila salah akan mendapat 1 pahala.
Lalu bagaimana sikap kita? Makan atau tidak?
Kembali kepada keyakinan mana yang kita pegang. Keduanya adalah pilihan yang sama-sama dilandasi ijtihad para ulama. Sama-sama boleh dipegang dan sama-sama punya kajian mendalam.
Namun kalau boleh kami memberi saran, sebaiknya kita meninggalkan hal-hal yang meragukan kepada hal-hal yang kita yakini kebenarannya. Akan tetapi kita tetap harus jujur dengan kajian ilmiyah para ulama dengan ragam pendapatnya, apa adanya kita ungkap dan kita sampaikan. Tetapi pilihan kembali kepada masing-masing kita.
Wallahu a’lam bishshawab wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ahmad Sarwat, Lc.
Sumber Bagaimana Hukumnya Marsmallow : http://assunnah.or.id
 ** tak berkesempatan lagi untuk merujuk Kitab Fiqh Sunnah
Bila hati rasa sunyi..jiwa rasa sedikit stress....aku suka sangat mencari sesuatu untuk menyuntik semangat yang pudar...Alhamdulillah..bila membaca tulisan-tulisan orang lain dalam blog masing-masing terutama  kak hidayah berjaya menyuntik kembali semangat diri ini yang hampir tersungkur. terima kasih YA ALLAH...

Mengimbau kembali apa yang telah aku lakukan beberapa minggu yang lepas membuatkan aku stress...apatah lagi apabila memikirkan tak banyak input yang aku perolehi yang dapat membantu aku dalam jejak PHD ini. sesekali terfikir.... bodoh sangatkah aku ini sampai susah sangat nak memamhami apa yang aku baca ...suka sangat aku untuk membandingkan diri dengan orang lain yang hebat dalam bidang mereka.....jika dibandingkan dengan aku amatlah jauh seumpama melukut di tepi gantang.HUISH..... teruk betul pemikiran aku rupanya.

ku harus bersyukur dengan anugerah Ilahi....sebenanya setiap manusia diberi kelebihan masing-masing. samada dia mampu menggunakan kelebihan yang ada demi mengatasi kelemahan yang sering menghantui diri....hidup mesti diteruskan tanpa perlu bertangguh...bukan tidak boleh menoleh ke belakang tapi sekadar menjadi cermin untuk melihat apa-apa kemungkinan yang bakal berlaku dalam meneruskan kesinambungan penghidupan dengan perjalanan yang sesempurna mungkin... dengan melihat cermin sisi kita akan dapat menggagak jarak pemandu belakang sebelm cuba memotong pemandu di hadapan. begitulah kehidupan........ betapa sukarpun perjalanan kehidupan ia harus diteruskan. sekiranya kenderaan  yang digunakan sesuai dan langkah berwaspada diambil pasti kita akan berjaya menuju kejayaan yang diimpi.


INSYAALAH

Ahad, 19 Jun 2011

Ez math.....

Hari sabtu lepas antar Kimi ke program Ez Math. program mudah math yang mana formula-formula yang simple direka untuk memudahkan budak2 mengingatnya....very easy kalau dah tahu formula...tapi walau apapun yang paling penting kena rajin..at least 10 minit setiap hari kena luangkan masa bersama anak-anak buat aktiviti math. apabila mereka rasa senang tu yang buat dia orang seronok belajar math....yang masalahnya konsistensi,,,hopefully lepas ni bolehla konsisten mengajar anak-anak ni.

Jumaat, 17 Jun 2011

Nasi dagang Kelantan

semakin dibaca tesis orang lain....risau la plak macam chapter 2 ku masih tak lengkap....macam mana nak submit next week ni...uhu risau weh...apatah lagi 2nd and 3rd co sv masih belum kutemui....mengubat hati yang resah apa kata kita fikir pasal makan lak....kan best...apa kat buat nasi dagang...of coz la nasi dagang kelantan since i ni kan orang kelate....nasi dangan terengganu pun ok gak...buleh lah i buat tapi mr husband lagi terer kot since dia orang tganu. beras nasi dagang yang ku beli masa balik kampung dulu pun tak terusik lagi....besok nak la buat...hi...hi apa-apa pun jom tengok resepi....

nasi dagang kelantan
Bahan A
beras nasi dagang (1 kilo)
beras pulut 1 cawan....untuk lembutkan nasi dagang kita
bahan B
halia 1/4 inci di rincis
bawang merah di rincis 10 ulas
santan pekat dari satu biji kelapa
garam dan gula secukupnya
sedikit halba...agak-agak je...banyak kan pahit plak

cara-caranya:
rendamkan beras bersama pulut selama 2 jam atau lebih
basuhkan bersih dan toskan
Bahan B dicampurkan semuanya kalau nak masakkan pun boleh...orang tua2 kata boleh buatkan nasi kita tahan lama
panaskan kukusan
kukus beras yang telah ditos sampai masak
angkat dan letakkan dalam besen
gaulkan dengan air panas sambil dikaup2 nasi
setelah selesai kukuskan balik
lepas 10 minit angkat dan letakkan dalam besen asal tadi
ambil bahan B dan tuangkan sedikit demi sedikit kedalam nasi sambil nasi tersebut dikaup-kaup
balik-balikkan nasi tersebut sampai santan merata ke dalamnya

then siap boleh makan dengan gulai ayam atau ikan
inilah rupanya....plus gulai ayam +acar timun



Rabu, 15 Jun 2011

anak-anak

Hari ni dah hari kedua sekolah bermula selepas 2 minggu bercuti....namppaknya mood dua beradik ok  jer...tak der meragam nak bangun pagi...Alhamdulillah senang hati Mama nak menguruskannya. Si Abang balik bagitau yang di dapat no 2...ada sikit kemajuan..dulu dapat no 3. no 1 still pompuan.....memang budak pompuan ni rajin skit...(like me be4..ala2 perasan skit) . yang bestnya si adik pula bagitau...isyad dapat no 1..sapa bagitau aku dengan curiousnya nak tau...isyad tau sendiri la...sebab banyak isyad dapat markah penuh...ha...ha punya confident dia jawab...takpe la no berapa pun yang penting tahap keyakinan dia dah makin bertambah compare dulu-dulu........sebagai ibu aku hanya mampu berdoa semoga apa yang telah kami persiapkan dan berikan kepada anak-anak adalah yang terbaik. Anak-anak adalah amanah yang harus dijaga dengan sebaiknyer..

Ahad, 12 Jun 2011

minda segar

lepas bercuti selama 2 hari kat Pahang...fresh skit rasa kepala...hmmm..boleh lah start writing. bila memikirkan writing yang tak siap lagi mulalah seram sejuk perut...rasa lama dah tertangguh....kalau boleh tak nak pikir pasal writing lagi....
masih lagi dok terbayang2 keseronokan pergi bercuti...macam budak2 la plak. tapi berbaloi dapat resort yang sesuai dengan citarasa....walaupun kecik tapi ok la...bebudak boleh bersuka ria kat kolam renang puas-puas...al maklumlah kolam renang kat depan bilik jer....Lis na ree Beach resort...very reccommended pada sapa-saper yang nak bercuti bersama keluarga kat Cherating. sewa dia around RM120-140 semalam..tu kalu waktu peak eg. cuti sekolah kalau waktu biasa harga around 60-75 jer....(dengar ceriter org). kami sewa yang 2 bilik depan pool dan satu lagi kat belakang. pagi-pagi boleh p tengok matahari terbit kat beach...huh...nyaman sungguh.
untuk satu malam lagi kami tumpang rumah my sister jer...malam tu diorang belanja makan ikan bakar kat tanjung lumpur....hmmmm memmang best...makan ikan bakar + petai. next time akan upload gambar2 tu.

Rabu, 8 Jun 2011

Kari Kepala ikan

lama tak menjengah blog. thanks pada yang sudi singgah blog patik yang tak seberapa. sekejap ada sekejap tak der macam biskut chipsmore la plak. anyway for today's entry just nak kongsi resepi kari kepala ikan jer...memang sedap terangkat...resepi ubah suai dari my sister..
Bahan-bahannya:
Kepala ikan (apa-apa jenis ikan) biasanyer ikan merah la.
bawang merah 5 ulas dikisar
bawang putih 3 ulas-dikisar
kari ikan adabi sepeket kecil
cili kisar 2/3 sudu
2 cwn air
asam jawa
bendi/terung (jumlah ikut suka)
Santan dari sebiji kelapa
sesudu kecil serbuk jintan putih
lada besar 2 biji dan daun kari (setangkai)
garam/gula secukupnya
kalau ada budu letak sesudu
Cara-caranya:
bawang yang dikisar + kari +cili kisar dicampur dan ditumis sehingga pecah minyak
then masukkan air lepas dah menggelegak dan nampak macam minyak dah keluar masukkan pula santan...kalau tak nak lemak sangat kurangkan santan.
then masukkan serbuk jintan dan  asam jawa. bila dah menggelegak balik baru masukkan kepala ikan.
dah nampak macam dah masak ikan ..baru masukkan garam +gula + aksesori hiasan tadi. kalu nak rasa lebih kari masukkan daun kari masa menumis.
sekian...jeng...jeng...jeng inilah ropanya


.
baru ku tahu rupanya kalau masukkan jintan manis/jintan putih dalammasakan kari sure meletups....


Jumaat, 13 Mei 2011

Emma Daily...Remembered Dreams

Buku yang dibeli kat kedai barang-barang terpakai baru je dapat dihabiskan. buku lama yang dibeli dengan harga RM5 je...alang-alang singgah dan takder nak beli barang lain terus tarik buku ni.

Kisah seorang gadis yang baru kematian ibu....flash back kejadian lepas dalam kehidupan ibu, nenek dan juga diri sendiri. Sarat dengan kisah-kisah keluarga dari kisah suka dan duka. mungkin kerana banyak kisah "flash back" makanya buku ini agak lambat untuk dihabiskan. nafsu membaca ada...cumanya setiap chapter memerlukan ingatan semula terhadap chapter sebelumnya membuatkan agak lambat juga nak ambil mood bila dah stop.
pengakhiran cerita yang agak klise namun mampu menjawab segala teka-teki yang menjadi plot karakter utama...siapakah bapa kepada ibunya terjawab diakhir cerita.


lama betul tak update blog nih....kalau halaman rumah..agak-agak dah panjang dan tinggi lalangnyer. sungguh sibuk kebelakangan ini, dalam proses touched up mana-mana yang patut bab 1 and proceed menulis bab 2 & 3. uhu..moga diberikan kekuatan oleh Allah untuk menerusi perjuangan mencari ilmu ini. bukan gelaran dan pangkat yang dikejar namun ilmu yang tiada batas sempadan yang ingin diteroka.

Rabu, 30 Mac 2011

Semalam berpeluang menghadiri satu bengkel yang dianjurkan oleh Postgraduate Unit Aikol. Bengkel just memberi penjelasan mengenai grant yang ada kat IIUM yang boleh dimohon mostly oleh lecturer (supervisor) bersama supervisee dalam menghasilkan research dalam bidang masing-masing. At least ia membuka mata saya sedikit sebanyak mengenai ruang dan peluang yang ada selain hanya mencedok dan menimba ilmu di sana. Selain itu research yang berkualiti  pasti membantu IIUM mencapai taraf research Universiti.

Saya cukup impress dengan beberapa speaker semalam. ye la walaupun nampak umur masih mudah maybe tak sampai pun lagi 40an dah ada title Prof...uhu sungguh kagum....walaupun saya bukan academician tapi saya maklum bahawa untuk mendapat title Prof bukan lah suatu yang senang pasti memerlukan kerja keras dan menghasilkan suatu tahap kualiti ilmu yang telah ditetapkan. Hopefully one day akan dapat mencapai tahap kualiti ilmu macam tu....bukan title yang menjadi igauan namun ilmu yang penuh di dada dan dapat dikongsi itulah yang menjadi impian dan harapan.

Rabu, 23 Mac 2011

Al Ma'surat terapi jiwa

Assalamualaikum
Mungkin setiap dari kita sudahpun menjadikan al ma'surat sebagai amalan harian dan mungkin juga kita telah pun mampu menghafaznya. Bagi yang telah biasa mengamalkannya pasti telah tahu dan merasai kenikmatannya serta sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, bahkan ia juga pasti tidak akan menjadikan hati dan jiwa kita kosong dan berlalu tanpa sia-sia. Bagi yang baru nak berjinak-jinak mungkin amat sukar untuk nak istiqamah apatah lagi dengan kekangan masa dan kesibukan bekerja. namun kita masih boleh mulakan secara berdikit. Insyaallah lama kelamaan ia akan menjadi suatu amalan yang tidak bisa kita tinggalkan. kalau tak buat pasti kita akan rasa bersalah dan akan merasakan bahawa ada sesuatu yang masih belum selesai selagi tidak melakukannya. 

sekadar berkongsi kelebihan al ma'surat (sumber majalah Anis) sekiranya dilakukan secara istiqmah: antaranya
  • dilindungi daripada syaitan
  • hati tidak mati
  • mendapat keselamatan
  • mendapat kesempurnaan nikmat Allah
  • hilang rasa dukacita
Saya pernah diberitahu oleh seorang sahabat bahawa berkat amalan ma'surat secara istiqamah dia mampu menghasilkan kerja yang cemerlang bahkan hasil kerja beliau sering mendapat pujian. Saya yakin bahawa keyakinan dan berserah diri secara tulus kepada Allah melalui amalan ma'surat itulah yang telah menghasilkan kejayaan bagi sahabat saya ini. Justeru amalan dan istiqamah juga pastinya memerlukan kita memahami maksud yang terkandung dalam al ma'surat tersebut.

tip zikir:
selepas berzikir elak terus minum air kerana pabila berzikir darah dalam badan akan menjadi panas...kalau minum air akan menyebabkan amalan yang dibuat tidak terkesan ke hati kerana telah disejukkan oleh air.

*just sharing*


    Ahad, 20 Mac 2011

    menelusuri kehidupan

    Assalamualaikum. Seminggu Cuti persekolahan kali ni penuh dengan aktiviti kekluargaan. namun tatkala berada di kampung halaman sendiri mahupun suami, tak sah rasanya kalau tak dihidangkan dengan story mory yang pelbagai. terlalu sukar untuk dinukilkan di blog, biarlah ia menjadi pengajaran dan teladan kepada diri sendiri.

    Apa yang pasti itulah hakikat kehidupan. Kehidupan umpama roda. sekejap kita di atas sekejap kita berada dibawah. terkadang kita bahagia ada kalanya kita terluka. mungkin beberapa tahun dulu atau beberapa saat lalu kita mengikat kasih dan mungkin pula tanpa disedari kasih yang diikat terputus dipertengahan jalan. mungkin juga kita pernah dihadirkan insan penyeri kehidupan dan mungkin juga kita menagisi kehilangan insan tersayang. begitulah hakikat kehidupan. tanpa rasa jemu dan tanpa rasa goyah teruskan memohon pertolongan daripada Yang Esa agar apa sahaja yang berlaku dalam kehidupan kita adalah sesuatu yang bakal meningkatkan keimanan kita kepadaNYA.

    Selasa, 8 Mac 2011

    Kehidupan



    KEHIDUPAN
    Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
    begitula selepas susah ada kesenangan,                       
    seperti selepas malam datangnya siang,
    oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..

    Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
    sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
    kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
    apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..

    Jangan difikir derita akan berpanjangan,
    kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
    ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
    setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..

    Ujian adalah tarbiah dari Allah,
    apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
    kesenangan yg datang selepas kesusahan,
    semuanya adalah nikmat dari Tuhan..

    ***inilah hakikat kehidupan..walau apapun yang berlaku kehidupan pasti diteruskan....suka duka kehidupan mampu mematangkan kita.
    lirik nasyid
    kehidupan...inteam (+nazrey )

    Khamis, 3 Mac 2011

    terima kasih Ya Allah

    Salam jumaat buat yang sudi menjengah blog yang tak seberapa ini. semoga hari ini lebih baik daripada semalam. semoga kita sentiasa memikirkan untuk membuat yang terbaik bagi diri kita dan semua orang yang berada di sekeliling kita. Alhamdulillah syukur pada Allah yang telah memberikan segala nikmat yang mampu kita kecapi sehingga ke hari ini. rasa syukur yang dipanjatkan oleh Allah mampu membuatkan diri kita tenang dan mengurangkan stress. last two week saya rasa tension yang amat. dengan beberapa perkara yang perlu diselesaikan, kena kompaun kat universiti, anak yang no 2 buat perangai. risau tentang tarikh defend proposal dan persediaan yang patut dibuat dan tension dengan perangai maid yang sedikit lembap membuatkan diri ini ssssedikit huru hara di jiwa dan fikiran. Dan...apa yang saya buat.....saya kutip balik buku2 motivasi yang ada baca balik..renung balik dan Alhamdulillah sedikit tenang namun apa yang paling berkesan adalah rasa syukur dan terima kasih kepada Allah atas segala yang dikurniakan. Allah kurniakan anak yang sihat walaupun sering meragam, Allah kurniakan suami yang penyabar dan penyayang yang sedia mendengar...(setiap kali ada problem nak menangani hal anak pasti akan call husband), Allah kurniakan peluang untuk sambung belajar, Allah hadirkan maid untuk membantu, Allah kurniakan segalanya yang tak mampung dihitung. tak semua orang mampu memiliki apa yang kita miliki...sesekali Dia datangkan masalah tandanya Allah masih menyayangi kita supaya kita tidak leka daripada mengingatkannya dan bersyukur atas segala rezeki yang dikurniakannya. TERIMA KASIH YA ALLAH kerana memberikanku peluang mencoretkan sesuatu dan berkongsi sembang dan impianku pada hari ini.


    Ahad, 27 Februari 2011

    masalah adalah sebagai tanda Allah kasihkan hambanya....

    yup....saya setuju sangat dengan statement tu..coz bagi saya Allah takkan buat sesuatu dan menimpakan kita dengan sesuatu tanpa ada hikmat di sebaliknya. justeru apa-apa masalah yang mendatang perlu ditangani secara berhikmah. Dan dengan datangnya masalah kita akan lebih dekat dengan Allah justeru  memohon kepada Allah agar diberi kekuatan dan jalan menyelesaikan masalah, bermuhasabah dengan diri merenung kembali apakah punca dan sebab masalah itu berlaku. sesungguhnya setiap masalah yang timbul mampu menjadikan seseorang insan lebih bertakwa sekiranya ia mahu dan sanggup.
    contoh yang diberikan oleh motivator pagi tadi cukup cantik...dia kata kalau kita sembahyang di kala tak der masalah kita melakukannya secara subconcious dan sebagai amalan rutin sahaja namun berbeza tatkala kita berdepan dengan maslah pastinya solat kita akan lebih khusyuk penuh penghayatan dan mengamati setiap baris ayat dalam doa yang dipinta. terasa diri begitu mengharap akan pertolongan Allah.
    Alangkah baiknya sekiranya solat rutin 5 waktu kita juga dapat diberikan penghayatan sebegitu rupa sebagaimana semasa kita memohon pertolongan Allah untuk menyelesaikan masalah kita.
    semoga Allah mengurniakan keimanan dan ketakwaan yang berterusan kepada kita sebagai hambaNya dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini.


    zaman kanak-kanak waktu paling best.....dunia yang penuh keseronokan dan kegembiraan tanpa masalah.

    blog oh blog.....

    beberapa hari tak berblog rasa rindu plak nak menjengah blog...pabila tengok blog orang lain sedikit rasa jelous timbul.bukan nyer apa rasa macam tak der apa pun dalam blog sendiri. tapi pikir-pikir balik bukanlah saya menulis untuk syok sendiri tapi sekadar meluahkan rasa dan berkongsi impian dan harapan dengan sesiapa jer yang meluangkan masa membelek blog saya. tapi yang pasti blog ni juga mungkin suatu hari menjadi rujukan saya....almaklum sejak cuti ni diary pun dah takder cuma ada planner je..tu pun mr hubby yang bagi.

    ish....ish itu je ke modal entry ari ni..mmmm nex..t entry lak

    Khamis, 17 Februari 2011

    melakukan suatu di luar kebiasaan itu kreatif????

    sebenarnya ku baru sahaja ulang baca buku tulisan Dr YKK bertajuk "Are You Creative". Baca kali ni baru dapat jejak sikit isinya. betullah orang kata..first time kita baca dengan second time kita baca input yang dapat adalah berbeza.kalau bukan sebab nak buat presentation esok rasanya takdela ulang baca ni tambah2 lagi banyak benda nak buat.apapun harap2 presentation esok berjalan lancar.

    melakukan sesuatu di luar kebiasaan????hmmm macam menarik...orang kata orang perempuan ni jenis suka buat benda yang "straight forward" betul ke? cthnya kalau dah tahu satu jalan sukar nak ubah kebiasaan untuk lalu jalan lain...ntahla betul ke tidak. mungkin pada sesetengah orang ya mungkin pada orang lain tak...bagiku kalau masa nak cepat buat apa nak susah2 cari jalan yang tak biasa..buat pula sesat..kan menyusahkan diri dan orang lain.

    namun pada satu masa yang lain kita mesti amat seronok sekiranya melakukan kelainan dari kebiasaan...apatah lagi kelainan itu memberi kepuasan kepada kita. sebenarnya setiap dari kita sentiasa melakukan kelainan dan sentiasa mencari kelainan dalam setiap aktiviti kita. mencari kelainan untuk menghilangkan rasa bosan dan jemu. kalau setiap hari makan kat rumah ada masanya nak merasa makan di restoran. kalau setiap hari makan nasi sesekala nak merasa pasta. jadi sekiranya melakukan sesuatu di luar kebiasaan itu kreatif maka kita adalah insan-insan yang dikurniakan Allah dengan sifat semulajadi yang sememangnya kreatif. bersyukurlah dengan nikmant tersebut dan berusahalah mengekalkan demi hidup yang lebih signifikan.

    Isnin, 14 Februari 2011

    tiger mom

    Confessions of Tiger Moms adalah antara "topic" yang menjadi tumpuan utamaku tatkala membaca NST ahad lepas. apa yang dibincangkan dalam paper tu seakan-akan sama dengan diriku. yup...di mata anak-anak mungkin aku dianggap "tiger mom". apa tidaknya kalau buat salah pasti "tiger mom" ni akan naik angin & kalau tak kena gayanya mungkin akan terkesanlah sesuatu kesan yang tak diingini kat mana2 bahagian tubuh yang "tiger mom" berkenan.

    Namun bagiku tak salah kita menjadi tiger mom sesekali bukan selalu dengan niat untuk mendisiplinkan anak-anak. bukannya sesuka hati nak "punish" anak-anak tanpa alasan yang munasabah. dan bagiku bab disiplin tak boleh nak kompromi terutama apabila tiba time sembahyang, belajar & even pergaulan dengan adik beradik.

    Dalam bab mendidik anak-anak kita perlu banyak belajar sama ada daripada buku, majalah dan juga pengalaman-pengalaman orang lain, namun hanya kita yang mengetahui apa yang terbaik buat anak-anak kita.justeru hanya kita yang mampu mencorakkan anak kita dengan apa jua corak dan bentuk dengan panduan yang digariskan berlandaskan ajaran islam yang sebenar.Namun yang pasti janganlah kita berputus asa dalam memberikan didikan yang terbaik buat anak-anak. sentiasalah berdoa buat anak-anak semoga mereka menjadi seorang insan yang terbaik buat agama dan bangsa.Terbaca dalam buku tulisan Tuan hj Muhammad yang menyarankan agar kita selalu berdoa secara khusus buat anak-anak dan didengari oleh mereka untuk menunjukkan bahawa betapa kita amat mengambil berat mengenai diri mereka. Amat berharap dapat dipraktikkan secara istiqamah dalam keluargaku.....semoga menjadi kenyataan...InsyaAllah

    Rabu, 9 Februari 2011

    berkongsi nikmat berkongsi rasa

    Assalamualaikum..

    sebut pasal nikmat, teringat satu ceramah Dr Zulkifli al Bakri lama dulu dia ada sebut bahawa orang bijak pandai mengatakan bahawa ada 2 nikmat yang sangat-sangat kita suka dan suka sangat kalau orang puji kita kerana beroleh nikmat tersebut iaitu pertamanya ; nikmat kerana mendapat anak yang cerdik, keduanya nikmat kerana mendapat harta dan pangkat. dalam pada tu ada dua nikmat juga manusia sering  tidak hargai dan akan dihargai pabila dah tak ada iaitu nikmat keamanan dan kesihatan.

    Namun nikmat yang sebenarnya yang seharus kita syukuri adalah nikmatnya kita diciptakan olehNYA. itulah sebesar-besar nikmat. Namun sebaliknya akal kita sentiasa memikirkan nikmat2 lain yang seharusnya diletakkan terkemudian. kalau ditanya pada kita apa yang kita nak ...sudah pasti banyak...saya nak anak saya bejaya...saya nak jadi kaya...saya nak kereta besar dan macam2 lagi. Dalam satu kisah semasa Amru Al As menjadi gabenor, apabila seorang khadam ditanya apakah citacita (kehendak kamu) dijawabnya saya hanya nak apa yang saya ada ini dapat dimanfaatkan oleh orang lain.....MasyaAllah mampukah kita menjadi semulia khadam tersebut.....apakah sanggup kita berkongsi rasa, berkongsi nikmat yang ada dengan orang lain.

    dalam kehidupan,  kita banyak dipengaruhi oleh akal dalam memutuskan sesuatu perkara apatah lagi dalam bertindak. Justeru akal manusia terbahagi kepad 4 jenis iaitu
    1.akal yang banyak fikir kehebatan diri sendiri (akal yang kecil)
    2. akal yang hanya memikirkan orang lain terutama apa salah orang (akal yangsakit)
    3. akal yang hanya memikirkan perkara2 biasa etc makan minum makan shopping (akal yang biasa)
    4. akal yang memikirkan masalah umat (akal yang besar)

    kita di mana ye???? mudah-mudahan kita berada di no 4. dan alangkah malangnya kita sekiranya hanya sekadar membaca sejarah orang lain tanpa berbuat apa-apa untuk menjadi pencipta sejarah dan dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

    Kematian yang pasti

    Hari ini menerima berita yang cukup mengejutkan. Jiran selang beberapa buah rumah telah kembali ke Rahmatullah dalam usia yang agak muda (dimaklumkan 45 tahun). walaupun kami tak la begitu kenal sangat tapi apabila dalam hal gini kesedihan turut sama dirasai. sungguh terkejut lebih-lebih lagi kami tak pernah dikabarkan bahawa arwah ada mempunyai apa-apa penyakit sebelum ni. kami hanya dimaklumkan arwah mengalami muntah darah dan akhirnya meninggal dihospital Serdang. yang paling aku tersa sayu dihati apabila mengenangkan nasib anak-anak yang masih kecil. tambahan ada yang sebaya anakku yang no. 2. baru 7 tahun mungkin masih tak dapat memahami situasi dan keadaan. melihatkan muka isteri arwah yang sayu, aku tak tertahan rasa lantas turut sama menitiskan airmata tatkala memeluknya. mungkin aku tak setabah beliau dalam menghadapi keadaan2 sebegini.

    walau apapun hakikat bahawa "setiap yang hidup pasti menghadapi maut" tak dapat tidak harus sentiasa diingati. Allah telah menyebut di dalam banyak firmannya bahawa dunia ini hanya lah sementara dan hanya akhirat kekal abadi. sekiranya apa yang kita nak dan sentiasa dititipkan di dalam doa namun tidak dikabulkan oleh Allah..yakinlah bahawa  Allah akan memberikan yang terbaik kepada kita lebih2 lagi diakhirat kiranya kita antara orang-orang yang bersabar.

    tatkala  menerima berita kematian dan menziarahi orang yang meninggal barulah terasa sangat bahawa dunia pinjaman Allah tak akan ke mana. tak akan kekal selamanya di dunia ini. entah bila pula giliran kita. adakah kita sudah bersedia untuk kembali menhadap Allah Yang Esa. sudah berapa banyak amalan kita. entah2 esok pula giliran kita . siapa tahu? teringat semua ini menjadikan diri ini insaf seketika memuhasabah segala kelemahan dan kesilapan yang telah dibuat.

    YA Allah ampunkan dosa arwah dan tempatkan beliau di kalangan orang-orang yang beriman. berilah kekuatan kepada keluarganya dalam meghadapi saat-saat ini. amin

    Isnin, 7 Februari 2011

    komuter trip

    salam....
    baru nak update cerita last sunday...for the whole week dok terperap kat rumah...kesian la plak kat anak2...so bagi membuang segala kebosanan yang melanda jiwa mereka, kami pun buat la trip komuter dari stesen UKM ke Midvalley. kus semangat..ramainyer orang siap berhimpit2 lagi. si kecil nuaim peluk tiang and isyad and kimi peluk mama. memang la masyarakat Malaysia ni (bukan nak kata) almost of them mcm pentingkan diri jer...buat derk je nengok budak2 kecil berdiri...me +husband takder la kisah sangat berdiri...tapi yang peliknyer yang tegap dan gagah perkasa pun buat derk je..siap tidur berdengkur pulak tanpa menghiraukan orang yang berdiri keliling kelalang tu..uh..uh...
    walau apapun my kids memang seronok naik "keretapi" .....sampai kat midvalley apalagi terloncat-loncat la depa, mama dah sound awal2 no toys and no demand2 ...aha....ok jer...baru sekejap berjalan ...laparla plak...fenomena biasa bagi seorang budak yang bernama isyad...dah pekena mc donald boleh la terloncat balik...tiba2 si hakimi bersuara....mama jom tengok wayang....oh..oh...dengan penuh berhikmahnya ku jawab...takder cerita yang sesuai untuk bebudak.....semua cerita untuk orang dewasa..dapat terima jawapan tu ok la...
    lepas pusing2...jom balik....Ya Allah nasib baikla kami datang sikit awal kalau tak....bukan main ramai lagi orang dok beratur kat gate nak masuk midvalley. aku ni sedikit serabut dengat orang ramai....mudah nak pening.
    Alhamdulillah time balik, train takde la penuh macam masa datang lagi, semua dapat duduk.siap terlena lagi si nuaim... letih kot....si abang berdua tu plak tak leh berenggang dengan majlah yang baru dibeli..
    Yes....akhirnya sampai kat rumah around 2. semua kepenatan....ari tu lunch around 3...tu pun pasal mama dah siapkan segalanya awal2 lagi.
    Moralnyer....naik train hari tu...adalah suatu pengalaman yang menyeronokkan bagi budak2. di sepanjang perjalanan banyak yang dapt dipelajari terutama mengenai alam sekeliling...yang seronoknyer mereka dapat cam kwaasan rumah mereka dari jauh. next time boleh arrange ERL trip plak...InsaAllah

    Sabtu, 5 Februari 2011

    anak-anak

    anak-anak adalah anugerah Allah, harus dijaga sebaik mungkin. Ayat ini sentiasa di ingatanku dan sentiasa diulang-ulang lebih-lebih lagi pabila anak yang no 2 tu buat hal. kadang-kadang dok tertanya sendiri apa la gamaknya  yang dia nak yer....dah diturut kehendaknya masih gak mengamuk.....hari ni seawal pagi dah kubawanyer ke kedai pegi beli apa yang dia nak...balik rumah dok main2 belon sesorang tetiba adik mengacaunyer, at first tak bagi lepas pujuk skit2 bagi la....alih-alih tak lama lepas tu dah bising2 dah, ingatkan apa....rupanya air yang kat dalam botol tu tumpah..bukannya orang lain buat...sendiri bikin. apa lagi terus la start denga perangai yang macam biasa. nekad di hati ku hari ni tak nak marah lagi...nak try cara baru lak....buat donno je.....at first tu bingit la jugak....naik atas p sembahyang zohor and then turun lps tu dah ok dah.....hmmm terfikir  plak..rupanyer kena buat macam ni baru dia berenti mengamuk...pujuk or marah tak makan saman dah....buat kita naik angin jer....so i should stay with this approach hopefully after this make sense again..ha..ha...

    Ahad, 30 Januari 2011

    besday kimi

    hujung minggu memang menyeronokkan apatah lagi bagi hakimi...besdaynya jatuh hari Sabtu tapi coz abah kerja makanya celebrate je la hari Ahad.... tak tau nak celebrate kat mana...alih2 Kenny Rogers jadi sasaran. first time ku menjejjakkan kaki kat situ sepanjang hidup ni...almaklumlah orang kampung. manala ada duit nak pegi tempat2 sebegitu dulu-dulu. tapi sekarang bukanla kaya pun tapi demi anak-anak pegi la juga. Irsyad pulun habis apa yang di order....macam kebulur la plak, nak kata tak makan..tak jugak rasanya tak 2-3 mangkuk laksam dipulunnnya kat rumah. almaklumla mama sedikit rajin hari ni...try buat laksam lepas tu menjadi la plak. sungguh seronok.

    eh...melalut cerita lain la plak...entry ari ni pasal celebrate besday kimi je la.....hmmmm dah selesai makan tengok bil....rasa macam nak bersinla plak...dussss mahal  betul makan kat sini...tapi takpa la sekali sekala abah belanja...apa la salahnya kalau keluar duit lebih skit..... kalau tak mama je yang asyik masak boring gak.


    dah abis makan, tuntut hadiah la plak...nak jam....eh..eh rasanya dah berapa kali beli jam tak pernah tahan lama..paling lama pun seminggu kot. demi hakimi pusing la keliling alamanda nak cari jam warna biru...takde la pulak...kartun tak nak dah sebab dah besar la...ish..ish mama ni tak tau la plak anak bujang ni dah besar...

    dah abis alamanda dipusing..so mama buat keputusan mama yang belikan je dekat kedai jam PKNS warna ikut suka mama...hi..hi kuasa veto la katakan. singgah kat PKNS terus terjah kedai jam kat tgkt 2..layaanan tak memuaskan betul dahla harga tak leh kurang.... tak mesra alam betul.....angin betul aku, first and last kot pegi situ....nak berniaga layan la customer betul2///aku pun pernah berniaga dulu-dulu.

    selesaila misi celebrate besday kimi...empunya diri tersenyum sampai kat telinga sepanjang hari. balik rumah dapat lagi present yang mama dah belikan.....senyum lagi...hi..hi..hepi besday to my Hakimi semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

    Jumaat, 28 Januari 2011

    school holiday

    hoorey......esok start cuti, jerit hakimi sesampainyer kat rumah petang tadi, hai...seronok sakan depa bila cuti...apa yang penting boleh bangun lewat...boleh lepak2 depan tv, boleh naik basikal, boleh berlari2 kat padang.etc.... kadang-kadang kesian gak kat dorang,  dari seawal 6 pagi bangun tidur dan tidur semula pukul 10 malam tak sempat nak berehat, balik sekolah agama pukul 11 bersiap nak pergi sekolah kebangsaan pulak. balik pukul 7, belum sempat rehat dah kena jerit suruh senbahyang dan mengaji..lepas tu kalau ada homework, buat homework pulak. mamanyer pula yang terlebih rest sekarang.....hi..hi bukan sesaja rest, rest cari idea sebenarnya.

    dok terpikir...apa la agenda cuti sekolah ni..sempat ke nak bawa dia orang ke mana2...abah dia orang kerja dari pagi sampai malam whole week. mama pulak kena pulun settlekan proposal....harap2 dapat settle by next week. kesian la pulak kat bebudak ni. nampak gaya terperuk kat rumah je la. harap2 dapatla luangkan masa skit untuk anak-anak, apatah lagi esok besday abang kimi.

    apa-apapun agenda mama dah siap dah...
    sabtu- lepas abis conversation class kul 2 nak p cari hadiah besday abang kimi
    ahad-cooking time. projek buat laksam dan playdough tuk anak-anak
    isnin-pergi jumpa advisor untuk revise proposal yang tak keberapa kali ntah...hopefully lepas
    selasa-start cari bahan untuk bab 2 & 3
    rabu:-rest
    khamis- study
    jumaat study
    sabtu-rest
    ahad-rest

    so nampak gayanya bawa p jalan2 sekitar bangi je la...sori yer anak-anakku, nanti ada masa yang sesuai kita akan pegi jalan jauh skit...hi...hi bila tu??????mama pun tak pasti.

    Jumaat, 21 Januari 2011

    kertas renungan

    SEKADAR RENUNGAN ( entah betul ntah tidak....walau apapun...dah lepas dah)

    1.0 PENDAHULUAN

    Kertas renungan ini adalah berdasarkan kepada penelitian dan pengamatan penulis terhadap filem Semerah Padi. Pengamatan penulis dalam kertas ini akan berkisar kepada pelbagai aspek dan nilai yang ditonjolkan di dalam filem tersebut merangkumi aspek nilai dan kemasyarakatan serta undang-undang dikaitkan dengan keadaan semasa.

    2.0 ASPEK NILAI DAN KEMASYARAKATAN

    Pelbagai aspek nilai positif kemasyarakatan telah ditonjolkan di dalam filem Semerah Padi antaranya adalah mengenai peranan ketua dan ahli masyarakat dalam membina masyarakat dan menjamin keutuhan dan perpaduan dalam masyarakat. Kehidupan bermasyarakat digambarkan sebagai sebuah badan yang mana seluruh organnya saling mempunyai tugas dan peranan masing-masing samada secara sendirian atau kolektif dalam membina dan menjaga keselamatan badan. Peranan yang dimainkan oleh setiap ahli masyarakat amat penting dalam penerusan semangat gotong royong, perpaduan dan sebagainya. Keutuhan sesebuah masyarakat juga hasil daripada ketaatan rakyat kepada tampuk pemerintahan. Aspek positif lain yang boleh diambil pengajaran ialah sikap mementingkan tugas dan tanggungjawab melebihi kepentingan peribadi.

    3.0 ASPEK UNDANG-UNDANG

    Aspek undang-undang adalah aspek utama yang dilihat ingin ditonjolkan dalam filem semerah padi. Ini menunjukkan bahawa antara hal atau perkara yang menjadi kayu ukur kepada pembinaan negara dan masyarakat ialah hukum hakam atau undang-undang yang tertegak di dalam sesebuah negara itu. Dalam mana-mana negara pun, soal undang-undang dan perlembagaan menjadi inti teras kepada pembinaan negara. Dimensi undang-undang dan perlembagaan boleh diumpamakan sebagai rukun utama kepada keutuhan sesebuah negara. Filem Semerah Padi telah menonjolkan bahawa kerukunan atau kedamaian sesebuah pemerintahan memerlukan undang-undang yang menjadi dasar pemerintahan. Undang-undang Islam mejadi asas pemerintahan Kampung Semerah Padi. Walaupun perlaksanaan undang-undang Islam yang ditonjolkan tidaklah menepati kehendak undang-undang Islam yang sebenarnya namun ia adalah permulaan yang baik buat santapan rohani masyarakat.

    Tiga jenis kesalahan undang-undang yang ditonjolkan di dalam filem tersebut dan hukuman telah dilaksanakan kepada pesalahnya iaitu perbalahan atau pertikaian di antara dua ahli masyarakat, kesalahan berzina dan disusuli dengan pembunuhan dan pemberontakan. Hukuman terhadap ketiga-tiga kesalahan ini ditentukan oleh ketua masyarakat dan dihukum berdasarkan hukum Islam.

    3.1 Konsep sebenar undang-undang Islam

    Di dalam Islam terdapat tiga jenis jenayah dan hukumannya ialah hudud, qisas dan takzir. Hudud adalah kesalahan jenayah yang ditetapkan kadarnya oleh Hukum syarak, yang tidak ada minima dan maksimanya dan yang tidak boleh digugurkan sama sekali sama ada oleh individu atau pemerintah. Qisas juga ditetapkan kadarnya oleh Hukum Syarak tetapi boleh dimaafkan samada melalui bayaran diyat atau tanpa diyat sekalipun kes itu telah sampai ke mahkamah. Takzir pula adalah kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadarnya oleh hukum syarak tetapi ditetapkan oleh kerajaan atau hakim mengikut budi bicaranya.

    Di dalam pelaksanaan undang-undang Islam beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ialah berkenaan siasatan, pendakwaan dan hukuman. Setiap perkara ini perlu diberi perhatian agar hukuman yang dilaksanakan adalah secara adil disamping memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat.

    3.2 Tatacara siasatan dan pembuktian

    Konsep penyiasatan dalam Islam adalah sangat luas dan mencakupi pelbagai perkara samada urusan individu atau urusan berkumpulan. Tatacara penyiasatan akan bermula daripada maklumat awal yang dibuat oleh mana-mana orang (rujuk sekyen 54 Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Sarawak 2001). Siasatan diperlukan bagi mengetahui kebenaran sesuatu maklumat yang diberikan sebagaimana firman Allah dalam Surah al Hujurat ayat 6 yang bermaksud:

    wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang kamu lakukan."

    Siasatan boleh dilakukan sebelum tangkapan atau selepas tangkapan dibuat dan ia perlulah merangkumi semua perkara termasuklah berkenaan dengan saksi samada bayyinah atau syahadah. Dalam keadaan seseorang itu ditangkap, ia berhak dan perlu dibenarkan berunding dengan peguam atau mengadakan jaminan bagi pelepasannya. Peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia membezakan di antara kesalahan boleh tangkap dan kesalahan tidak boleh tangkap. Justeru tatacara penyiasatan bagi kedua-dua kesalahan ini juga berbeza.

    3.3 Pembuktian dalam hukum Islam

    Di dalam perbicaraan penuh Kesalahan Jenayah Syariah, kewajipan pendakwa ialah membuktikan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan seperti di dalam pertuduhan. Tertuduh juga dianggap tidak bersalah selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya. Oleh itu tugas seorang Pendakwa Syarie adalah amat berat untuk membuktikan dan dapat menafikan kedudukan asal bahawa seseoarang itu tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

    Sebagaimana dijelaskan sebelum ini terdapat tiga jenis hukuman di dalam kesalahan jenayah syariah iaitu hudud, qisas dan takzir. Pembuktian dalam kes Kesalahan Jenayah ini berbeza mengikut jenis kes. Hukuman hudud iaitu rejam dengan batu (bukan sula dengan lembing seperti di dalam filem Semerah Padi) dan juga sebatan umpamanya memerlukan pembuktian yang kukuh. Penzina yang dijumpai sudah berzina dan terkapar keletihan, tidak boleh dihukum had kerana saksi

    tidak nampak mereka berzina. Begitu juga dengan kesalahan membunuh tanpa adanya saksi yang menyaksikan jenayah tersebut berlaku. Justeru bukti sahaja tidak mencukupi dalam hukuman hudud. Bukti mesti disertai dengan saksi. Justeru, kedudukan saksi amat penting. Walaupun perempuan itu terbukti sudah mengandung hasil persetubuhan haram, hukuman hudud masih tidak boleh dilakukan. Ini tidak bermakna wanita itu terlepas daripada hukuman. Wanita yang didapati berzina dan didapati bersalah dengan bukti-bukti yang mencukupi (tanpa saksi) mungkin perlu dihantar ke pusat perlindungan agar kebajikan diri dan anaknya terjaga.

    Begitu juga berkenaan pembuktian berkaitan kesalahan yang lain yang telah menetapkan garis panduan dan bilangan saksi yang diperlukan bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan. Dalam keadaan lain niat juga perlu dibuktikan samada wujudnya mensrea atau actusrea tertuduh dalam jenayah tersebut.

    Pelaksanaan hukuman hudud bagi penzina yang muhsan di dalam filem tersebut bukanlah gambaran pelaksanaan hukuman hudud yang sebenar. Hukuman had bagi penzina muhsan yang sebenarnya ialah rejam sampai mati dan bukan sula sebagaimana dalam filem tersebut.

    Dalilnya sebagaimana hadis rasulullah saw. Yang bermaksud:

    Dari Abu Huraira ra ia berkata, ada seorang laki-laki menghadap Rasulullah SAW di masjid lalu menyeru. Ya Rasulullah sesungguhnya aku benar-benar telah berzina. Kemudian Rasulullah berpaling sehinggaa orang tersebut mengulangi Empat kali ia dipanggil oleh Rasulullah seraya berkata” apakah engkau menidap nyakit gila” ia menjawab tidak, nabi bertanya adakah engkau berzina muhsan? Ia menjawab betul.lalu nabi SAW menyuruh para sahabat “bawalah dia lalu rejamlah”. Ibnu Shihab nerkata ada seorang yang mendengar daripada Jabir Bin Abdullah memberitahu bahawa jabir berkata”aku termasuk salah seorang yang merejamnya iaitu kami rejam dimusalla. Tetapi tatkala batu-batu lemparan itu melukainya ia lari lalu kami tangkap dia di Harrah, kemudian kami rejam sampai mati.

    Sahih al Bukhari

    3.3 Cara pelaksanaan hukuman Islam

    Hukuman rejam ataupun hukuman bagi pelbagai kesalahan Jenayah Syariah yang lain dilaksanakan di hadapan orang awam bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat.

    4.0 PENUTUP

    Sebagai kesimpulannya, perbincangan di atas hanyalah sedikit sahaja perbincangan ringkas yang boleh dikupas apabila membicarakan berkenaan perlaksanaan undang-undang Islam berbanding perbincangan yang amat luas mengenai perkara ini dalam pelbagai isu dan aspek. Namun apa yang paling penting yang harus disebut di sini ialah hikmah hukuman dalam undang-undang Jenayah Islam sebenarnya adalah untuk mendatangkan kesedaran kepada masyarakat dan memberi pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang serupa.


    SUMBER RUJUKAN

    1. Al Quran al-Karim

    2. As sunnah

    3. Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Sarawak 2001