Khamis, 18 Julai 2013

Kesempitan rezeki

Teks: Jazilah Mohd Saad


Bismillah...Assalamualaikum
Hari ini masih lagi berbicara soal rezeki. Sering kita merungut rezeki lambat namun kita mungkin tidak sedar nahawa apa yang kita lakukan selama ini tidak mampu membukakan kunci pintu rezeki daripada Allah. Justeru kita perlu menilai kembali amalan ibadat kita..sejauhmana kita menyegerakan hak-hak Allah berbanding hak kita sendiri.
Amalkan 20 perkara ini..mudah-mudahan Allah memberi jalan kepada kita mendapatkan kunci pintu rezeki kebaikan di dunia dan akhirat:
  • selalu menyempatkan diri untuk beribadah
  • meninggalkan perbuatan dosa
  • sentiasa ingat kepada Allah
  • berbakti dan mendoakan ibu bapa
  • berbuat baik dan menolong orang yang lemah
  • tunaikan hajat orang lain
  • banyak berselawat
  • buat kebajikan sebanyak-banyaknya
  • berpagi-pagi
  • menjalinkan silaturrahim
  • membiasakan diri sentiasa berwuduk
  • membiasakan soalt malam-tahajud
  • membiasakan solat dhuha
  • bersyukur kepada Allah
  • amalkan zikir dan bacaan ayat alquran tertentu
  • berikhtiar setelah kuat berusaha
  • bertawakkal
sumber: FB Datuk Maznah Hamid

Miliki e book 9 formula seru reseki.

Isnin, 15 Julai 2013

Seru rezeki



Teks: Jazilah Mohd Saad

Entri kali ini masih lagi berkisar mengenai rezeki.  Apabila disebut rezeki apa yang lantas terfikir adalah duit semata-mata sedangkan konsep rezeki perlu dilihat lebih meluas lagi. Rezeki mencakupi pelbagai aspek kehidupan samada anak, idea, urusan seharian, pangkat dan pelbagai lagi urusan yang bersangkut paut dengan kehidupan, Sesungguhnya semua itu adalah rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Hanya Dia semata-mata sumber rezeki. Bukan bos, bukan pelanggan dan bukan juga kepandaian dan kebijaksanaan kita. Justeru untuk memudahkan rezeki masuk dan melimpah ruah, pintalah dan mohonlah kepada sumber rezeki tersebut.

Sewaktu mula-mula habis belajar dulu orang selalu cakap kat saya…pergila jumpa orang tu..orang ni untuk dapatkan kerja..mesti dapat . orang kata juga kalau tak kenal orang dalam maka susahla nak dapat kerja. Namun Alhamdulillah tanpa orang dalam saya masih juga mendapat peluang pekerjaan sebagaimana yang diidamkan. Hanya bersabar dan memohon mengikut saluran yang ditetapkan.

Namun kalau kita dah berusaha tapi masih menemui jalan buntu, cuba selidiklah apa yang telah kita lekukan selama ini…bagaimana dengan ibadah kita..mungkin ada sesuatu yang tidak diperkenankan olehNya sehingga susah sangat hendak dikurniakan apa yang dipohon.

Antara Sebab kenapa rezeki susah masuk adalah:

  • Banyak berbuat maksiat
  • Tidak bersyukur
  • Riak bila bersedekah
  • Kurang beristighfar
  • Gemar mengungkit pemberian
  • Berkira untuk membantu memudahkan hal yang baik
  • Asyik mencanang perihal duit yang tidak cukup untuk urusan itu dan ini
  • Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit

Mungkin dengan berbuat dan meninggalkan amalan yang sepatutnya rezeki akan melimpah ruah.
Ebook 9 formula pantas seru rezeki ini telah menambahkan lagi keyakinan saya terhadap amalan selama ini....Alhamdulillah.

Rabu, 10 Julai 2013

Istighfar boleh jadi kaya??

Teks: Jazilah Mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim

Istighfar boleh jadi kaya? Hmm pelik kan? bunyinya pelik tapi sebenarnya tidak. itu adalah janji Allah dalam surah Nuh ayat 10 -12 bermaksud:
Sehingga aku berkata pohonlah ampun kepada tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha pengampun. sekiranya kamu berbuat demikian ia akan menghantar hujan  yang lebat dan mencurah-curah kepada kamu. dan ia akan memberi kepada kamu harta kekayaan serta anak-pinak. ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai yang mengalir di bawahnya.

Harusnya pada siapa lagi kita hendak percaya jika tidak pada janji-janji Allah ini. cubalah beristighfar sedikit demi sedikit. mulakan dengan hanya 10 kali setiap selesai sembahyang fardu dan berterusan secara istiqamah di tambah dari hari ke hari seboleh-bolehnya mencapai 1000x sehari. InsyaAllah anda akan merasai perubahannya.


Ahad, 23 Jun 2013

Assalamualaikum....



Andai tidak mampu menyenangkan orang lain cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang

Bunyinya cukup mudah namun pelaksanaannya tidak mungkin begitu.


Itu janji Allah….namun sedar tak sedar dalam kehidupan seharian betapa kita banyak menyusahkan kehidupan orang lain samada sengaja ataupun tidak. Saya suka mengaitkan perkara ini dengan kehidupan seharian sendiri. Mungkin ada yang bersetuju mungkin ada yang tidak.

Setiap pagi saya akan menghantar anak ke dua buah sekolah yang berlainan. Namun dalam perjalanan saya akan singgah di tiga tempat.. pertama untuk meletakkan pakaian sekolah anak di tempat transit, kedua sekolah agama  anak dan ketiga tadika. tiga tempat berbeza namun situasi dan keadaan hampir sama dengan orang yang berbeza. selalu saya perhatikan masyarakat kita cukup tidak prihatin dengan orang lain. suka meletakkan kereta atau memberhentikan kereta mereka sesuka hati. Apakah mereka tak perasan bahawa dengan perbuatan itu mereka telah menghalang laluan orang lain dan menyusahkan orang lain sehinggakan adakalanya menyebabkan kesesakkan kepada jalan tersebut. Apa yang lebih saya tak berkenan adalah mereka memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pagar sekolah...apalah salahnya sekiranya jauh sedikit atau kalau takpun masuklah ke dalam ruang sekolah yang dibenarkan dan buat sedikit pusingan. Oleh kerana tidak ingin menyusahkan diri maka jadilah perlakuan kita menyusahkan orang lain pula ...alanglah malangnya. itulah kita..sikap kita.

  sabda nabi..



من ضار ضار الله به ومن شاق شاق الله عليه

Maksudnya: Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkannya dan barang siapa yang menyusahkan orang lain maka Allah akan menyusahkannya pula
Riwayat abu daud no 3635

marilah kita sama-sama bermuhasabah dan berlapang dada semoga apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan seharian kita tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain.

Ya Allah aku memohon keampunan daripadamu.

Salam Nisfu Syaaban


Rabu, 5 Jun 2013

ebook tulis tesis cepat

http://www.tulis-tesis-cepat.com/hop.php?ref=jazilah

Saya membeli e book ini pada tahun lepas. gaya penulisan yang santai membuatkan kita tidak berasa jemu untuk membacanya. alhamdulillah saya mendapat semangat dan panduan dengan membaca e book ini. kini saya dalam peringkat akhir penulisan. hanya menunggu green light daripada penyelia. syukur saya diketemukan dengan ebook ini pada peringkat saya masih blur mencari hala tuju penulisan. dengan adanya panduan yang diberikan oleh Dr Ot ia sememangnya memudahkan gerak kerja saya. terkadang saya terlalai dan terleka, ebook inilah yanag memberikan semangat dan panduan kepada saya memulakan semula gerak langkah saya sehingga ke garisan penamat.
kepada sesiapa yang masih tercari-cari langkah yang betul dan tepat...ebook ini pastinya jawapan yang wajar kepada anda. hanya klik link di bawah untuk membeli. insyaallah anda pasti bersyukur memilikinya.
http://www.tulis-tesis-cepat.com/hop.php?ref=jazilah

Rabu, 13 Mac 2013

Himax5 penawar semulajadi

KENAPA PERLU HIMAX5

Diet permakanan seharian kita seperti Daging Ayam / Lembu, Ikan yang mengandungi bahan pengawet,nasi putih,Mee,Roti Canai,Air Berkarbonat,Merokok,Pewarna / Perisa / perasa Tiruan,Bahan Penstabil, MonoSodium Glutamat(MSG), Teh , Kopi dan lain-lain lagi berunsur / bersifat asidik akan menyebabkan tubuh kita berasid dan bertoksik.!

Keadaan persekitaran dan udara kita yang tercemar dengan racun tanaman,pencemaran sungai,pembakaran
terbuka,asap kilang dan asap kendaraan bermotor menjadikan udara yang kita sedut setiap hari tercemar tidak kira samada kita berada di kampung atau pun bandar.

Tekanan kerja dan gaya hidup kita yang tidak sihat serta kekurangan senaman menjadikan kita tertekan.Kita tidak mendapat rehat yang cukup.Dengan itu kita menggunakan lebih masa menghasilkan bahan buangan berbanding mengeluarkannya.Ini bernakna kita tidak dapat menghindari dari mengundang sifat asidik pada sistem darah kita setiap saat dan masa selagi kita masih hidup!

Akhirnya pH badan menjadi berasid dalam jangkamasa panjang yang mengakibatkan kita mengalami penyakit seperti gastric / uluran,reput tulang / osteoporosis, resdung, alergik, selsema, demam, sembelit, kencing manis, kencing tak lawas, rheumatoid arthritis / sakit sendi, stroke, sakit kepala, migraine, tekanan darah tinggi / rendah, asma, kegemukan, fibroid, kadar kolesterol tinggi, tidak bertenaga, senggugut, PMS, keputihan, batu karang, batu hempedu, kanser, gout, sakit buah pinggang dan sebagainya.

Kebaikan Himax 5
- Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan.
- Anti-oksida yang kuat meneutralkan radikal bebas ( free radicals ).
- Menyahkan toksik dan meningkat sistem Metabolisma badan.
- Membuang asid dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.
- Menghalang dan membunuh sel kanser.
- Menambah kekuatan zahir dan batin.
- Anti -penuaan / awet muda dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
- Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan, tenaga dan menguatkkan ingatan.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mempunyai khasiat dan tenaga untuk menjadikan makanan dan minuman lebih segar.
- Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik.
- Sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan.

CARA PENGGUNAAN

UNTUK AMALAN HARIAN :
Masukkan 3TITIK ke dalam segelas air minuman 200ML dan di minum 3 KALI SEHARI.1JAM sebelum makan pagi,1JAM sebelum makan tengahari dan 1 JAM sebelum tidur.

UNTUK PERAWATAN PENYAKIT :
masukkan antara 5 HINGGA 7 titik ke dalam segelas air minuman 200ML dan diminum 3KALI sehari sperti di atas.

UNTUK RAWATAN LUAR :
Titis beberapa tutuk HIMAX 5 Alkaline Juice ke atas tapak tangan dan sapukan di tempat yang berkenaan.

KHUSUS BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG / DIALISIS :
Masukkan 15 titik ke dalam botol 500ML dan diminum habis dalam sehari.

KEMUNGKINAN TINDAKBALAS PENYEMBUHAN :
(DOC) adalah minima dan bergantung pada individu mengikut tahap penyakit yang dihidapi. contoh DOC adalah seperti pembuangan najis dan kencingan lebih lawas dari biasa,rasa berdebar,rasa letih,sakit tekak dan rasa nk demam. teruskan pengambilan kerana ini merupakan reaksi positif badan ke arah pemulihan.
Sumber: http://himax5.com.my/product/kenapa-perlu-himax5/
berminat:
PM @ sms/call: 0196935606/0133983822
email:jazilahsaad@yahoo.com
harga :RM59 sebotol

cara pembelian:
masukkan wang ke akaun
1.No akaun : 12180088332523 (CIMB)
JAZILAH BINTI MOHD SAAD @MAT SAUD
atau
2. No akaun :220981097263 (Bank rakyat)
JAZILAH BINTI MOHD SAAD @ MAT SAUD

selepas pembayaran dibuat pm/sms/email detail pembayaran (masa +jumlah +bukti pembayaran) serta nama dan alamat penghantaran.
caj penghantaran: RM6 semenanjung malaysia RM10 Sabah dan Sarawak.
like fanpage himax untuk update terkini....
http://tinyurl.com/csjrfaw

 

Jumaat, 4 Januari 2013

Anak-anak

Assalamualaikum dan salam jumaat.
Jumaat pertama bagi tahun 2013...penuh azam dan semangat,  semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya terutama berkaitan ibadah dan amal soleh kepada Allah.
Tahun ini tahun pertama anak sulung bersekolah pagi....selepas sekolah sempat balik ke rumah untuk menunaikan solat jumaat sebelum pergi semila ke sekolah Agama pada waktu petang.  Tugas menghantar dan mengambil beliau pastinya terpaksa saya lakukan memandang kan  tempat kerja abahnya yang jauh untuk beliau balik pd waktu tghari. Sebagai seorang onu pastinya saya amat bersyukur kerana keinginan untuk melaksanakan solat Jumaat itu terbit daripada beliau sendiri
 Semoga Allah mengurniakan kepada beliau rahmat dan menjadi kan beliau anak yang soleh. Amin