Rabu, 13 Mac 2013

Himax5 penawar semulajadi

KENAPA PERLU HIMAX5

Diet permakanan seharian kita seperti Daging Ayam / Lembu, Ikan yang mengandungi bahan pengawet,nasi putih,Mee,Roti Canai,Air Berkarbonat,Merokok,Pewarna / Perisa / perasa Tiruan,Bahan Penstabil, MonoSodium Glutamat(MSG), Teh , Kopi dan lain-lain lagi berunsur / bersifat asidik akan menyebabkan tubuh kita berasid dan bertoksik.!

Keadaan persekitaran dan udara kita yang tercemar dengan racun tanaman,pencemaran sungai,pembakaran
terbuka,asap kilang dan asap kendaraan bermotor menjadikan udara yang kita sedut setiap hari tercemar tidak kira samada kita berada di kampung atau pun bandar.

Tekanan kerja dan gaya hidup kita yang tidak sihat serta kekurangan senaman menjadikan kita tertekan.Kita tidak mendapat rehat yang cukup.Dengan itu kita menggunakan lebih masa menghasilkan bahan buangan berbanding mengeluarkannya.Ini bernakna kita tidak dapat menghindari dari mengundang sifat asidik pada sistem darah kita setiap saat dan masa selagi kita masih hidup!

Akhirnya pH badan menjadi berasid dalam jangkamasa panjang yang mengakibatkan kita mengalami penyakit seperti gastric / uluran,reput tulang / osteoporosis, resdung, alergik, selsema, demam, sembelit, kencing manis, kencing tak lawas, rheumatoid arthritis / sakit sendi, stroke, sakit kepala, migraine, tekanan darah tinggi / rendah, asma, kegemukan, fibroid, kadar kolesterol tinggi, tidak bertenaga, senggugut, PMS, keputihan, batu karang, batu hempedu, kanser, gout, sakit buah pinggang dan sebagainya.

Kebaikan Himax 5
- Meningkatkan daya tahan penyakit dan daya penyembuhan.
- Anti-oksida yang kuat meneutralkan radikal bebas ( free radicals ).
- Menyahkan toksik dan meningkat sistem Metabolisma badan.
- Membuang asid dalam badan untuk pembentukan sel-sel sihat.
- Menghalang dan membunuh sel kanser.
- Menambah kekuatan zahir dan batin.
- Anti -penuaan / awet muda dan menurunkan berat badan secara semulajadi.
- Menjana oksigen dengan limpahan tenaga untuk kecergasan, tenaga dan menguatkkan ingatan.
- Melancarkan perjalanan darah.
- Mempunyai khasiat dan tenaga untuk menjadikan makanan dan minuman lebih segar.
- Selamat diminum terus tanpa perlu dimasak dan tanpa kuasa elektrik.
- Sesuai untuk semua peringkat umur dan lapisan.

CARA PENGGUNAAN

UNTUK AMALAN HARIAN :
Masukkan 3TITIK ke dalam segelas air minuman 200ML dan di minum 3 KALI SEHARI.1JAM sebelum makan pagi,1JAM sebelum makan tengahari dan 1 JAM sebelum tidur.

UNTUK PERAWATAN PENYAKIT :
masukkan antara 5 HINGGA 7 titik ke dalam segelas air minuman 200ML dan diminum 3KALI sehari sperti di atas.

UNTUK RAWATAN LUAR :
Titis beberapa tutuk HIMAX 5 Alkaline Juice ke atas tapak tangan dan sapukan di tempat yang berkenaan.

KHUSUS BAGI PESAKIT BUAH PINGGANG / DIALISIS :
Masukkan 15 titik ke dalam botol 500ML dan diminum habis dalam sehari.

KEMUNGKINAN TINDAKBALAS PENYEMBUHAN :
(DOC) adalah minima dan bergantung pada individu mengikut tahap penyakit yang dihidapi. contoh DOC adalah seperti pembuangan najis dan kencingan lebih lawas dari biasa,rasa berdebar,rasa letih,sakit tekak dan rasa nk demam. teruskan pengambilan kerana ini merupakan reaksi positif badan ke arah pemulihan.
Sumber: http://himax5.com.my/product/kenapa-perlu-himax5/
berminat:
PM @ sms/call: 0196935606/0133983822
email:jazilahsaad@yahoo.com
harga :RM59 sebotol

cara pembelian:
masukkan wang ke akaun
1.No akaun : 12180088332523 (CIMB)
JAZILAH BINTI MOHD SAAD @MAT SAUD
atau
2. No akaun :220981097263 (Bank rakyat)
JAZILAH BINTI MOHD SAAD @ MAT SAUD

selepas pembayaran dibuat pm/sms/email detail pembayaran (masa +jumlah +bukti pembayaran) serta nama dan alamat penghantaran.
caj penghantaran: RM6 semenanjung malaysia RM10 Sabah dan Sarawak.
like fanpage himax untuk update terkini....
http://tinyurl.com/csjrfaw

 

Jumaat, 4 Januari 2013

Anak-anak

Assalamualaikum dan salam jumaat.
Jumaat pertama bagi tahun 2013...penuh azam dan semangat,  semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya terutama berkaitan ibadah dan amal soleh kepada Allah.
Tahun ini tahun pertama anak sulung bersekolah pagi....selepas sekolah sempat balik ke rumah untuk menunaikan solat jumaat sebelum pergi semila ke sekolah Agama pada waktu petang.  Tugas menghantar dan mengambil beliau pastinya terpaksa saya lakukan memandang kan  tempat kerja abahnya yang jauh untuk beliau balik pd waktu tghari. Sebagai seorang onu pastinya saya amat bersyukur kerana keinginan untuk melaksanakan solat Jumaat itu terbit daripada beliau sendiri
 Semoga Allah mengurniakan kepada beliau rahmat dan menjadi kan beliau anak yang soleh. Amin

Sabtu, 29 Disember 2012

Himax 5

Assalamualaikum. ..
Dipertemukan dengan himax 5 adalah satu kebetulan.  Tak disangka pula himax 5 akhirnya menjadi sebahagian daripada keperluan saya seharian. Alhamdulillah dengan himax 5 saya telah berjaya mengawal kandungan gula dlm darah.  Saya telah disahkan mengidap gdm (kencing manis semasa mengandung). Semssa pertama kali buat mgtt result saya 6.0 semasa puasa dan 11 selps minum air gula. Selepas buar bsp result sedikit terkawal.. namun selepas kandungan makin besar tahap gula dlm darah makin tak terkawal sehingga doc buat keputusan untuk saya ambik insulin mlm & selepas beberapa ketika di tmbh kepada 3 kali sehari. Pelbagai cara saya usaha untuk menurunkan kadar gula tanpa memberi efek kpd baby. Antaranya minum kopi tanpa gula.jus delima..peria...namun semuanya boleh bertahan 2 ke 3 hari jer...akhirnya saya cuba jus himax 5 yang sebenarnya telah saya beli tahun lepas. Alhamdulillah. ..sungguh berkesan...selepas itu parask gula tak tinggi sekadar 4 ke 5.6 jer. Sungguh teruja saya continue tanpa mengambil suntikan insulin lagi.
Harga hanya 59 sebotol.
Berminat untuk dptkan himax 5 boleh hubungi:
0196935606-jazilah@0133983822-oslan
Kwsn siktar kajang, bangi, dan putrajaya, penghantaran percuma bayar semasa terima barang pun boleh...

Jumaat, 28 Disember 2012

Jalan-jalan cari makan....burger bakar rawang at bangi

Assalamualaikum
Hujung minggu begini sudah menjadi kebiasaan kami sekeluargao mengambil masa untuk bersantai sambil makan-makan.....tapi hari ni pagi2 terpaksa menghantar 2 org anak bujang pegi sekolah untuk mengambil jadual ...balik dari sekolah dah takde mood nak memikir apa yang nak dimasak...just masih dok teringat burger bakar yang dimakan semalam...bukan kali pertama merasa burger bakar..tapi oleh kerana nama tu...teringin gak nak merasa. ..takut  nanti kempunan plk. Almaklumlah tunggu hari jer untuk berpantang makan..
ombak rindu

Madu tiga
 encik suami try burger bakar madu tiga. Komen dia....cepat muak...saya try ombak rindu..bagi saya okla..nak kata best sangat takder la...sebab burger bakar kat rumah pun sedap juga. Tapi tak salah nak bertukar selera...lokasi  kedai...seksyen10 bandar baru bangi bersebelahan petronas dan kilang sate hj samuri.

Khamis, 27 Disember 2012

baru 3 anak.....kalau 4, 5, 6.....mmmmm
Menjelang hari persekolahan, banyak sungguh perkara yang perlu diselesaikan. Kebanyakannya memerlukan perbelanjaan yang tidak sekit. Menyelesaikan pendaftaran persekolahan sahaja memerlukan perbelanjaan ribuan ringgit hanya untuk tiga orang anak.
Terkedu seketika mengenangkan. ....teringat pada yang tidak berkemampuan. ...bagaimana lah mereka menghadapi situasi ini. Teringat kembali zaman kecil dahulu....bagaimana mak dan ayah berhempas pulas mencari rezeki bagi menyediakan keperluan dan menyekolahkan kami lapan beradik.  Cuma saya agak beruntung sebagai anak bongsu tidak lah sesukar zaman abg dan kakak. Walau pun begitu....sempat juga merasa sukarnya memerah keringat di bendang. Kenangan lalu masih segar di kotak fikiran....semoga kenangan itu menjadi penawar agar saya tidak berkeluh kesah memikirkan perbelanjaan besar yang dikeluarkan.  In sha allah dengan sedikit perbelanjaan ini, anak-anak mampu menjadi insan yang berguna pada masa depan.

Catatan kehidupan

Assalamualaikum.
Hari ini sempat juga menjengah library uia dalam keterbatasan waktu dan pergerakan yang terbatas. Akhir2 tempoh kehamilan ni terasa sangat cepat penat. Tapi oleh kerana ada lagi perkara yang masih belum selesai terpaksa juga mengagahkan diri memandu sendirian ke uia. Nasib baik musim cuti sekolah takde la teruk sangat jem.
Minggu ke 36.....2minggu lagi tempoh masa untuk membuat pilihan......c-section or normal...uhu..uhu......
Apa-apapun air selusuh made by my dearest sister dah ada kat tangan
YA Allah permudahkan segala urusanku..

Doa


Do'a Dalam Al-Qur'an (3)
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/001AlQuran3%20.gif
Al-Qur'an sebagai kalam Allah dan pedoman hidup bagi setiap muslim, mengandung banyak doa-doa. Sebagian doa-doa tersebut adalah:

21. Doa Mohon Keluasan Rahmat 


Artinya: "Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu-Mu meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan-Mu serta peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala Ya Tuhan kami, masukkanlah mereka ke dalam sorga yang telah Engkau janjikan kepada mereka dari orang-orang shalih di antara bapak-bapak mereka, istri-istri mereka, dan keturunan mereka semua. Sungguh Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari balasan kejahatan. Sebab orang-orang yang Engkau pelihara dari pembalasan kejahatan pada hari itu, sungguh telah Engkau anugerahkan rahmat kepadanya, dan itulah kemenangan yang besar." (QS. Al-Mukmin: 7-9)

Penjelasan:
Doa di atas dibaca oleh para malaikat penjaga 'arasy Allah sebagai tasbih kepada-Nya. Mereka mendoakan kaum mukminin dengan doa di atas.

22. Doa Selamat dari Kedengkian 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/003AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami dan dosadosa saudara-saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan kami, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang." (QS. Al-Hasyr: 10).

Penjelasan:
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahwa doa di atas dibaca oleh orang-orang beriman yang mengikuti perjuangan salaf as-Shalih dari kalangan Muhajirin dan Anshar. Mereka memohon agar tetap melanjutkan serta meneladani keshalihan, semangat jihad dan kesucian hati mereka.

23. Doa Bertawakkal Kepada Allah 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/005AlQuran3%20.gif
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/001AlQuran3%20.gif
Artinya: "Ya Tuhan kami, hanya kepada Engkaulah kami bertawakal, hanya kepada Engkaulah kami bertaubat, dan hanya kepada Engkaulah kami kembali. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan kami sasaran fitnah bagi orang-orang kafir. Ya Tuhan kami, ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh hanya Engkau Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Al-Mumtahanah: 4-5).

Penjelasan:
Doa di atas dibaca pada setiap kesempatan dan waktu. Dan menyerahkan sepenuhnya apa yang telah kita lakukan, usahakan kepada Allah Swt. semata karena hal ini pula yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s., dan kaum-kaumnya yang beriman. Sehingga Allah menyebutnya Ibrahim dan kaumnya sebagai teladan yang baik bagi kita.

24. Doa Diberi Pemimpin Agama 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/007AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhan kami, utuslah kepada mereka seorang Rasul dari kalangan mereka yang akan membacakan ayat-ayat-Mu, dan mengajarkan kepada mereka Al-Quran dan hikmah serta menyucikan mereka. Sungguh Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (QS. Al-Baqarah: 129).

Penjelasan:
Doa ini pula yang dibaca Nabi Ibrahim a.s. sebelum diangkat menjadi rasul, ketika itu Ibrahim melihat kenyataan bahwa ummatnya telah dilanda krisis moral dan krisis tauhid. Sehingga Ibrahim mendambakan pemimpin yang dapat membimbing mereka kepada jalan yang benar. Kemudian Allah mengabulkan permohonan Ibrahim, hingga kemudian dirinya diangkat meniadi rasul bagi ummatnya.

25. Doa Melihat Keajaiban Alam 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/009AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan alam ni dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka selamatkanlah kami dari siksa neraka." (QS. Âli 'Imrân: 191).

Penjelasan:
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahwa doa di atas dibaca oleh orang-orang berakal dan berpengatahuan, yang senantiasa menyeimbangkan antara dzikir dan fikir. Hasil kerja akal selalu dijadikan sebagai sarana bersyukur dan berdzikir kepada Allah Swt., bukan untuk mengkufuri nikmat dan anugerah yang telah diberikannya.

26. Doa Lingkungan yang baik 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/011AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negert yang zhalim penduduknya ini, dan berilah kami pelindung dari sisi-Mu serta berilah kami penolong dari sisi-Mu." (QS. Al-Nisâ': 75).

Penjelasan:
Agar selamat dari kezhaliman dan ketertindasan suatu kelompok atau golongan, maka baca doa di atas setiap saat. Baik juga dibaca agar diberi ketentraman dan disatukan dengan orang-orang yang beriman.

27. Doa Curahan Rizqi 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/013AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Allah Tuhan kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit yang pada hari turunnya hidangan itu akan menjadi hari raya bagi kami, bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami, serta menjadi tanda bagi kekuasaan-Mu. Berilah kami rizki, dan Engkaulah Pemberi rizki yang paling utama." (OS. Al-Mâ'idah: 114).
Penjelasan:
Doa diatas merupakan doanya Nabi Isa a.s. ketika ditantang oleh para pengikutnya yang menginginkan bukti konkrit atas kemukjizatan yang dimiliki oleh seorang rasul.

Bagi setiap muslim yang mendambakan limpahan rizqi dari sisi allah, sudah selayaknyalah memperbanyak membaca doa ini dalam setiap kesempatan. Kisah Nabi Isa tersebut dapat dilihat dalam Al-Quran surah Al-Mâ'idah ayat 111-115.

28. Doa Menghadapi Kegagalan Berdakwah 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/015AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku serta masukkanlah kami ke dalam rahmat-Mu. Dan Engkau adalah Maha Penyayang di antara para penyayang." (QS. Al-A'râf 151).
Penjelasan:
Dalam Al-Quran dikisahkan, bahwa doa di atas dibaca oleh Nabi Musa as ketika melihat kaumnya kembali kepada kekufuran setelah ditinggal bermunajat di gunung Sinai (Thurisina). Kisah Nabi Musa tersebut bisa dilihat dalam Al-Quran Surah Al-A'râf ayat 150-154.

29. Doa Agar Dicintai Ummat 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/017AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhan kami sungguh aku telah menempatkan sebagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman di dekat rumah-Mu (Baitullah) yang dihormati. Ya Tuhan kami, yang demikian itu agar mereka mendirikan shalat. Maka jadikanlah hati sebagian manusia cenderung (cinta) kepada mereka, dan berilah mereka rizki dari buah-buahan. Mudah-mudahan mereka senantiasa bersyukur." (QS. Ibrâhîm: 37).

Penjelasan:
Doa tersebut dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s. la mendambakan keluarga yang senantiasa rajin mendirikan shalat sekalipun dihimpit permasalahan rizqi. Dengan ketabahan menghadapi realita hidup, pada akhirnya Allah mengabulkan doanya. Makkah menjadi kota yang makmur, dan keluarga Ibrahim senantiasa dicintai oleh setiap manusia. Kisah ini bisa dilihat dalam Al-Quran Surah Ibrahim ayat 35-41.

30. Doa Agar Diberi Kedudukan yang Mulia 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/019AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhanku, tempatkanlah aku pada tempat yang diberkati, dan Engkau adalah sebaik-baik pemberi tempat." (QS. Al-Mukminûn: 29).

Penjelasan:
Baik sekali doa diatas dibaca bagi setiap orang yang menginginkan kedudukan, baik pangkat, jabatan, atau kedudikan lainnya. Karena doa tersebut merupakan doanya Nabi Nuh a.s. ketika berada dalam perahu. Ia memohon kepada Allah Swt. agar diberi kedudukan yang lebih mulia daripada kedudukan sebelumnya. Kemudian Allah Swt. mengabulkan doanya Nabi Nuh tersebut, dan menjadikannya ummat yang taat kepada Allah Swt.

31. Doa Agar Diberi Hikmah 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/021AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shalih, serta jadikanlah aku buah tutur yang baik bagi orang yang datang kemudian. Dan jadikanlah aku termasuk golongan orang-orang yang mewarisi sorga yang penuh nikmat." (QS. Al-Syu'ârâ': 83-85).

Penjelasan:
Dikisahkan dalam Al-Quran bahwa doa tersebut dibaca oleh Nabi Ibrahim a.s. setelah berhasil mendakwahkan misi dasar Islam kepada kaumnya, yaitu ajakan meniadakan sesembahan selain Allah. Kisah Nabi Ibrahim dan kaumnya yang kafir dapat dibaca dalam Al-Quran Surah Al-Su'ârâ' ayat 69-85.

32. Doa Agar Diberi Bangunan Indah di Surga 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/023AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam sorga, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, serta selamatkanlah aku dari kaum yang zhalim." (OS. Al-Tahrîm: 11).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh para pejuang yang menegakkan kebenaran dan menjunjung tinggi kalimat Allah. Karena doa tersebut adalah doanya Asiyah binti Mujahim, isteri Fir'aun. Ia memohon kehadapan allah Swt. agar ditempatkan dalam surga dan selamat dari kezhaliman Fir'aun, suaminya.

33. Doa Agar Dibinasakannya orang-orang Zhalim 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/025AlQuran3%20.gif

Artinya: "Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan dosa kedua orang ibu-bapakku, serta dosa orang yang masuk ke rumahku dengan membawa iman, dan orang beriman laki-laki maupun perempuan. Dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zhalim itu selain kebinasaan." (QS. Nûh: 28).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali oleh setiap muslim agar diberi kemenangan dalam berdakwah. Karena doa tersebut merupaka doanya Nabi Nuh a.s ketika selesai menghadapi banjir besar yang merupakan siksa dari Allah Swt. kepada kaumnya yang kafir. Kisah nabi Nuh as dapat dibaca dalam Al-Quran surah Nûh ayat 25-28.

34. Doa Agar Terlepas dari Kesulitan 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/027AlQuran3.gif

Artinya: "Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sungguh aku adalah termasuk orang-orang yang zhalim." (QS. Al-Anbiyâ': 87).

Penjelasan:
Doa diatas hendaknya dibaca pada setiap kesempatan dan waktu, agar dihindarkan dari rasa frustasi dalam menghadapi perjuangan. Karena doa tersebut merupakan doanyan Nabi Yunus as sebagai penyesalan atas kelancangannya meninggalkan dakwah. Ia merasa berat menghadapi kaumnya yang membangkang, hingga kemudian ia tinggalkan. Kisah ini dapat dilihat dalam Al-Ouran surah Al-Anbiyâ' ayat 87-88.

35. Doa Agar Kesempurnaan Cahaya 
http://www.cybermq.com/gambarpustaka/029AlQuran3.gif

Artinya: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah dosa-dosa kami. Sungguh Engkau Maha Kuasa alas segala sesuatu." (Al-Tahrîm: 8).

Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca dalarn berbagai kesempatan. Karena doa ini merupakan doanya orang mukmin yang memperoleh kebahagiaan sempurna, mendapatkan keridhaan Allah pada hari kiamat.


Sumber :   www.abatasa.com




Selasa, 25 Disember 2012

Kehidupan

Assalamualaikum
Sekian lama tidak mencatatkan sesuatu dalam blog ini.  Kesuntukan masa dan keterbatasan waktu penyebab utama penyepian ini. Bukan tidak ada catatan tapi ia hanya sekadar draft tanpa sempat di edit.hu...hu..
Sedar tak sedar dah masuk minggu ke 36 kehamilan. Tinggal beberapa minggu je lagi baby akan menjenguk dunia luar.



nuaim akan dpt adik tak lama lg....
Kehamilan kali ni saya diuji dengan macam ujian...bermula dengan alahan teruk..bleeding...gdm (kencing manis) kena cucuk insulin &;baby songsang....saya pasrah atas segala ketentuanNya namun dlm masa sama pelbagai ikhtiar dibuat bg mengatasi segala masalah yg datang. doa dititip pd ilahi agar dipermudahkan segala urusan terutamanya semasa proses melahirkan nanti. In sha allah

Jumaat, 21 Disember 2012

sekian lama menyepi diri dari dunia blog.....sekadar membaca tulisan-tulisan di blog2 yang diikuti sahaja. semenjak dua menjak terasa cepat boring dan stress...puas mencari punca dan sebab...tidak kutemui....hormonkah??? keadaaankah????sukar untuk menjawab semua persoalan itu...namun tidak lupa aku terus mencari jalan dan berusaha mengatasi semua perasaaan itu....alhamdulillah diketemukan satu peluang mengikuti sesi tazkirah bersama ustazah Norhafizah di saat aku sangat memerlukan peringatan dan pengisian hati. Peluang sesi tazkirah di Pusrawi (berulangalik ke Pusrawi KL selama 3 hari  suami dimasukkan ke wad kerana batu karang) sedikit sebanyak menyedarkan aku betapa perlunya kita kepada sesi-sesi sebegini.
ingin dikongsikan di sini intipati tazkirah tersebut:

Khamis, 6 Disember 2012

Hari ni pergi buat regular check up kat hospital putrajaya. kedudukan baby masih lagi sama macam minggu ke 34 masih songsang. So after discuss dgn dr hazim. ..3 options diberi:
1. Buat ecv (pusingkan baby)
2. Operate
3. Cuba bersalin normal
Memandang kan ini kali pertama berlaku kat saya. Sukar juga nak buat keputusan.  Apa-apapun tunggu  istikharah dulu....

Sabtu, 21 April 2012

ONJ Shop: Produk batik terkini

ONJ Shop: Produk: Batik Eksklusif Terengganu Sila klik pada gambar untuk paparan lanjut Kod Item : CR240-01 Jenis Kain: Crepe Harga: RM 240 Kod I...

Selasa, 3 April 2012

beli belah online

http://onjshop.blogspot.com/p/produk.html
koleksi batik pilihan

Syukur

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah syukur atas segala rezeki dan limpah kuniaNya yang diberikan kepada kita sehingga pada tika dan saat ini. sesungguhnya hanya Dia yang layak menerima segala ucap syukur dan terima kasih tiada yang lain lebih-lebih lagi makhluk yang bernama manusia. Segala pergantungan hanyalah kepadaNYa.

Ahad, 1 April 2012

Istiqamah

Assalamualaikum....
‎"Amal perbuatan yang paling dicintai oleh Allah adalah perbuatan yang dilakukan secara terus menerus (istiqamah). walaupun sedikit," (Hadis Riwayat Muslim)
sejujurnya saya bukanlah orang yang betul-betul istiqamah dalam melakukan sesuatu,banyak perkara yang ingin saya lakukan secara konsisten masih belum berlaku. saya sedar itulah kelemahan saya yang paling ketara. justeru saya sentiasa memohon petunjuk daripada Allah agar sentiasa diberikan kekuatan kepada saya untuk melakukan amal kebaikan secara istiqamah. 
Beberapa hari yang lepas saya baru selesai membaca sebuah buku kecil yang baru di beli..10 kesaksisan pengamal tahajud...bukunya kecil tapi padat dengan kisah-kisah unik pelabagai jenis latar belakang manusia...kesemuanya berkisar disekitar amalan solat tahajud. walaupun kisahnya tidaklah terlalu luar biasa namun cukup memberi pengajaran kepada kita tentang betapa istimewanya amalan ini jika dilakukan secara istiqamah.
teringin sekali saya beristiqamah dengan amalan tahajud ini...namun kerapkali terbabas diulit mimpi dan kemalasan hingga ke pagi. hanya doa dititipkan pada Ilahi agar dikurniakan rahmat dan kasihsayangNya sehingga terpilih sebagai antara insan yang istiqamah dalam menegrjakan ibadah secara tulus kepadaNYA. Amin...
"Dan pada sebahagian malam hari solat tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (al-Isra':79)

Rabu, 19 Oktober 2011

ingatan buat diri dan insan yang bernama isteri.....


TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 1 - Ikhlaskan niatmu menjadi teman hidup pasanganmu. Ketetapan Allah memilih yang seorang ini buatmu, dari berjuta lelaki di dunia. Pasti ada hikmah yg tersirat dan tersurat. Ayuh, kita selongkar rahsia Allah itu dalam hidup seharian bersama, pasti di situ kau kan temui bahagia....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 2 - Pertahankan ikatan pernikahan yang dibuat atas nama Allah yg Maha Agung. Hanya dgn nama-Nyalah, apa yang asalnya haram antara engkau & sidia, menjadi halal dan dibolehkan. Genggam erat ukhuwwah yg terjalin - penuh pasrah dan tawakkal.

TALIAN HAYAT UNTUK PARA ISTERI : Nota 3 - Pandu arah kehidupan bersama ini semata2 utk mencari redha Allah. Saling bantu membantu dalam usaha kebaikan dan takwa. Kumpulkan sebyk mungkin bekalan. Moga tika kita terpaksa berlutut di depan Allah sendiri-sendiri, amal bakti yg kita kutip bersama mampu meraih belas ihsan Allah buat kita sekeluarga.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 4 - Fahamilah erti sebenar taat kepada suami yang disarankan agama. Ketaatan itu bukannya menurut semua perintah suami tanpa usul periksa. Demi hubungan yg harmoni & sejahtera, elok benar kalau siisteri yang mengalah / `surrendered',di saat kita mampu menunjuk lagak menyombongkan diri terhadap suami. Merendah diri bukan minta dipijak-pijak! Sekadar menunjuk akhlaq terpuji, agar tenang hati suami. Rugikah kita para isteri kalau kita taat secara rela diri?

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 5 - Selitkan doa setiap masa, moga Allah SWT mencampakkan hidayah-Nya ke dalam hati suami kita. Moga lebih cinta dia kepada iman, takwa dan ihsan. Moga dia terus gigih mencontohi suami teragung, Muhammad SAW. Mudah-mudahan jua, bersama kita meniti kehidupan dalam redha dan kasih sayang Allah setiap masa dan ketika!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 6 - Hargailah setiap usaha, kasih sayang, saraan hidup dan pemberian suamimu, insan kerdil yg begitu gigih cuba melaksanakan amanah berat di bahunya. Hentikan cemuhan, kritikan, sindiran dan perli dlm setiap patah ayat yg ditujukan utknya. Gantikan dgn kata semangat dan keyakinan yg mampu mendorongnya menjadi suami yg lebih menyerlah, InsyaAllah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 7 - Didiklah hati agar menyayangi wanita yang melahirkan suamimu, kenanglah jasanya mendidik anak lelakinya menjadi pasangan yang mengasihimu kini. Jangan sekali jadi musuh @ saingannya, sekalipun itu mungkin tanggapan ibu mertua terhadapmu. Yakinkan hatinya, bahawa engkau bukanlah perampas kasih anaknya. Engkau sebenarnya permata yang menyinari hidup suami dan juga penyeri hidupnya, jika dia sudi memberi peluang tersebut kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 8 - Belajarlah untuk ikhlas dalam memberikan kasih sayang dan cinta utk suamimu. Seringkali ada sahaja niat dan sebab musabab lain semasa kita melafazkan ikrar kasih. Jika benar ikhlas, engkau takkan mudah kecewa jika sesekali seperti cintamu tidak berbalas, penat lelahmu tidak dihargai. Keikhlasanmu kan menjadi daya penarik yg kuat mengikat hati suamimu kepadamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 9 - Serlahkan bakat dan potensimu, gunakan kecerdasan dan keupayaanmu untuk memberi manfaat kepada orang lain. Prihatinlah kepada keperitan hidup masyarakat di luar sana, bantulah semampu boleh. Jadilah manusia yang banyak jasanya - pasti suami dan anak-anakmu bangga beristeri dan beribukan seorang yang istimewa seperti kamu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 10 - Bijaklah mengurus masa, modal anugerah Allah kepada kita semua. Senaraikan keutamaanmu dan tumpukan usaha mendahulukan mana yang sepatutnya dibereskan dahulu. Dapatkan bantuan suami dan anak2 untuk menyelesaikan tugasan. Jangan bebankan dirimu cuba menjadi `wanita luarbiasa' - suamimu cuma inginkan seorang isteri solehah yg bijaksana!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 11 - Beranikan dirimu untuk mempercayai kejujuran suamimu dalam melayari bahtera ini bersama. Sesungguhnya, kepercayaanmu ibarat titisan air yg diperlukan oleh rimbun untuk kekal menghijau. Tanpanya, ia akan layu kekuningan. Namun, suamimu perlu jua diperingatkan - agar cermat menjaga kepercayaan itu ibarat kaca yg mudah retak & calar. Sekali tercalar, mungkin selamanya terluka...

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 12 - Imbangilah antara kebergantunganmu kepada suami dgn keupayaanmu untuk berdiri di atas kaki sendiri. Pasrahmu yang total hanyalah kepada yg Maha Agung. Saling bergantung, perlu memerlukan adalah perencah kenikmatan hidup bersama. Jikalau masih sendiri-sendiri, apalah erti hidup sebumbung. Sementara dia masih ada di sisi, kita serahkan kemudi bahtera di tangan suami. Namun jika dia harus pergi, kita akan mampu memikul amanah yg ada, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 13 - Dapatkan maklumbalas sejujurnya dari suamimu mengenai akhlak dan tingkahlakumu. Biarkan dia berkata-kata tanpa sebarang gangguan, sekalipun hatimu melonjak-lonjak mahu bersuara membela diri. Mohonlah giliranmu pula memberikannya maklumbalasmu. Pilihlah perkataan terbaik dalam menyusun buah tuturmu. Istiqamah dalam muhasabah, kunci tautan dua hati yg ikhlas mencintai kerana Allah SWT

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 14 - Ubati segera hatimu yang terluka mendengar pengakuan suamimu : cintanya sudah beralih kepada wanita lain. Jgn pantas menyalahkan dirimu, apatah lagi mengalah dan berundur. Jgn pula biarkan cemburu merasuk diri, mengocak ketenangan & membakar amarahmu. Tenanglah dahulu, santuni emosimu yg terhiris pilu. Biarkan airmatamu mengalir buat seketika. Namun yakinlah, sesungguhnya engkau masih belum kehilangan segala-galanya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 15 -Pilihlah tindakan yang bijak dalam menangani kemelut suamimu mahu atau sudah berkahwin lain. Berikannya peluang menjelaskan keadaan. Dapatkan segera bantuan org tengah yg adil & amanah. Berpandulah kepada akal, melebihi emosimu di saat ini. Jgn biarkan dirimu seratus peratus dipersalahkan,kelemahanmu dikatakan punca suami terpaksa mencari yang lain. Ingatlah, suamimu yang sepenuhnya bertanggungjawab atas pilihan dan tindakannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 16 - Hindarkan nada keras, kasar dan lantang apabila berbicara dengan suamimu. Banyakkan mendengar dari bersuara, kerana sesungguhnya Allah melengkapkan manusia dengan sepasang telinga dan hanya satu mulut sahaja. Janganlah ambil kesempatan dari sifat pendiam dan mengalah suamimu. Berikan rasa hormat dan penghargaan yang sebaik-baiknya. Percayalah, anak-anak sedang memerhatikan kemahiran berkomunikasi kalian berdua!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 17 - Serahkan anak-anakmu untuk dijaga sepenuhnya oleh ayah mereka (suamimu) sekali sekala. Yakinlah, mereka akan kelihatan gembira, selamat dan masih bernyawa bila engkau kembali. Hampir pasti, cara suamimu amat berbeza dengan gaya rutin kebiasaanmu. Apalah salahnya membiarkan suamimu mempraktikkan kemahiran kebapaannya. Sebaik manapun engkau sebagai ibu, takkan dapat menjadi seorang bapa terbaik untuk anak-anakmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 18 - Hentikan segala kritikan, komen, sungutan dan rungutan terhadap kelemahan dan kekurangan suamimu. Sifat bongkaklah yang menjerumuskan syaitan ke lembah kehinaan dan laknat Allah. Dengan sifat itu jualah syaitan akan merosakkan hubungan perkahwinanmu. Gunakan kaedah penuh hikmah dan merendah diri dalam menegur suamimu. Berikannya peluang dan masa untuk memperbetulkan kesilapan serta ketidakcekapannya selama ini.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 19 - Hiasi kediamanmu penuh kesederhanaan, sekalipun engkau mampu menyalutinya dengan kemewahan. Nyamankan hawa segenap ruangan rumahmu dengan alunan tadarus Al-Quran. Hangatkan kedinginan dengan kemesraan ziarah ukhuwwah tetamu yang datang. Hijaukan halaman dengan pepohon yang segar mengiringi zikirmu. Jadikan ketenangan tema utama yang dikongsi bersama dengan semua yang sudi bertandang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 20 - Layanlah ahli keluarga suamimu sebagaimana engkau mahu dia melayani keluargamu. Janganlah tunjukkan kebencian dan rasa kurang senang semasa bersama ipar-duaimu. Hindarkan sebarang pertembungan yang memaksa suamimu memilih antara engkau dan keluarganya. Berikanlah hadiah, sambutlah kedatangan mereka ke rumahmu dengan ramah tamah dan senyuman keikhlasan - nescaya keberkatan rezeki melimpah ruah dalam kehidupan.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 21 - Janganlah sesekali putus asa dari rahmat & kasih sayang Allah. Jika suamimu kini bukanlah seorang soleh yg taat pada perintah Tuhannya - sungguh amat besar ujian Allah buatmu. Mohonlah satu dari dua kekuatan - agar kau kuat menghadapi cabaran ini & cukup kuat utk membebaskan diri jika itu pilihan yg terbaik ataupun suamimu diberi kekuatan oleh Allah utk bertaubat nasuha, berubah dan beristiqamah menjadi insan yg jauh lebih baik!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 22 - Lindungi dirimu dan anak-anakmu dari didera secara fizikal, emosional dan seksual oleh suamimu. Allah telah memerintahkan suamimu agar sentiasa berlaku maaruf (baik) terhadapmu. Sebesar manapun silapmu, suamimu tidak berhak menghinamu dengan kekerasan, kekasaran dan keganasan. Jgn malu memohon bantuan keluarga, rakan dan taulan. Sesungguhnya engkau berhak mendapatkan pembelaan dan perlindungan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 23 - Semaikanlah kecintaan terhadap ilmu pengetahuan, sebaik-baik penyuluh kehidupan dan neraca pertimbangan. Kutiplah mutiara kebijaksanaan di mana jua engkau menemuinya. Jadilah manusia berilmu dan bermaklumat. Buatlah keputusan berasaskan ilmu, hadapi segala cabaran dengan senjata ilmu, pelihara hakmu melalui keteguhan ilmu dan pertahankan hujahmu dengan kubu ilmu.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 24 - Perbaiki mutu komunikasi antara engkau dan suami. Semoga tiada yg terselindung, hingga yang satu pihak lagi hanya bersangka-sangka dan berteka-teki. Sekiranya suamimu makin kasar tingkahnya, mungkin ada terselit kekecewaan di hatinya - hingga keganasan jadi pilihan. Jangan terus-menerus menjadi mangsa penderaan. Hentikan segala kemelut rumahtangga!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 25 - Jangan jemu berbakti kepada keluargamu. Semuanya InsyaAllah, dikira ibadah oleh Allah SWT. Memang kadangkala seperti tiada siapa yg peduli apatah lagi menghargai penat lelah dan payah jerihmu. Bukankah manusia sememangnya pelupa.Namun, kita punya Allah SWT yg tidak pernah terleka, terlalai atau tertidur dari memerhatikan kita!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 26 - Perbanyakkan sedekah kepada ahli keluargamu. Bagi isteri bekerjaya, peruntukkan sebahagian gajimu utk infaq dan perbelanjaan keluarga. Namun, izinkanlah suamimu menyara dirimu, semampunya. Jgn ambil alih tgjwbnya mencari rezeki yg halal buatmu dan keluarga. Mudah2an kehidupanmu sentiasa dalam kecukupan yg barakah....

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 27 - Luahkan keinginanmu untuk dihargai dan disayangi. Khusus bagi yg tidak bekerjaya di luar rumah, keperdulian suami dan anak2 buatmu adalah penyegar tubuh dan emosi yg kepenatan. Jangan terus menjeruk perasaan. Amat wajar untuk engkau nyatakan apa yg terbuku secara terus dan terang. Sesungguhnya, engkau memang berhak disayangi dan dihargai.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 28 - Pastikan solatmu kerap diimami oleh suamimu. Jgn lepaskan peluang utk mengaminkan setiap titipan doanya. Jika suamimu seorang yg tersangkut hatinya di masjid/surau - sesekali, mohonlah hakmu untuk dipimpin dalam solatmu. Namun jika suamimu seorg yg sengaja engkar dan berani meninggalkan solatnya - jgnlah jemu memperingatkan tugas utamanya sbg abdi Allah yg Maha Besar kekuasaan-Nya!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 29 - Jangan berdendam terhdp perbuatan silap suamimu yg silam. Cubalah memaafkan dan hilangkan amarah di dada. Engkau mungkin sukar utk melupakan, namun engkau ada pilihan sama ada mahu memaafkan atau sebaliknya. Jgn biarkan api membakar sekam, nanti yg tinggal hanyalah abu dan arang.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 30 - Carilah seorang sahabat setia yg boleh berkongsi kesedihanmu, namun cukup amanah utk menjaga segala keaibanmu. InsyaAllah, engkau tidak akan sukar mencari sahabat sebegitu, jika engkau sendiri sentiasa menjalankan tgjwb seorang sahabat sejati kpd org lain. Jgn cuba dipendam-pendam, disorok dan dijeruk perasaan yg luka....bimbang kelak tak tertanggung lagi.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 31 - Ingatlah bhw engkau umpama pakaian (libasa) bagi suamimu dan dia pula pakaian bagimu ( Al-Quran-AlBaqarah : 187). Bertindaklah yang molek agar suami boleh berbangga dengan setiap lakumu. Peringatkan jua suamimu agar dia memperelokkan setiap tingkahnya, kerana engkau jua ingin tumpang bangga dengannya.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 32 - Pertingkatkan komitmen keluargamu utk mempraktikkan cara hidup Islam yg syumul. Peliharalah solat, jgn sekali abaikan perintah Allah. Didik anak2mu utk mematuhi suruhan Allah. Moga2 keluargamu terbimbing menjadi keluarga sakinah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 33 : Ikhlaskan setiap detik yg telah, sedang dan akan dihabiskan bersama suamimu. Ganjaran segala pengorbanan & susah payahmu bukannya datang dari suamimu, melainkan hanyalah daripada Allah SWT semata-mata.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI - Nota 34 : Sentiasalah saling nasihat-menasihati. Bagi sebahagian isteri, menasihati suami mungkin sesuatu tugas yg hampir mustahil. Namun, kita tidak boleh berhenti berusaha, berikhtiar dan mencuba. Mulakan dgn meminta nasihat dari suamimu terlebih dahulu. Timbang-tara segala nasihatnya. Perbaiki mana yg kurang, tampung mana yg bocor. InsyaAllah, tak lama lagi, suamimu akan meminta dinasihati pula, InsyaAllah!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 35 : Peringatkanlah suamimu akan pesanan ayat ke6 Surah At-Tahrim - di mana dia diperintahkan Allah untuk memelihara dirinya dan dirimu serta anak2 dari azab api neraka! Besar sungguh tanggungjawab yg dipikulnya! Engkau dan anak2 tidak akan menanggung dosanya, namun kemungkaranmu dan anak2 akan ditanggungkan ke atas bahunya! Cukuplah pesanan itu menjadi peringatan!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 36 - Mulakan nasihat buat suamimu dengan niat tulus, mulus dan penuh keikhlasan. Buang jauh2 rasa megah, bangga diri dan lebih hebat, kerana perasaan itu nanti akan mempengaruhi pilihan ayat, gerak badan dan ekspresi muka semasa mula bertutur. Bijaklah mencari masa yg sesuai dan santai. Bersedia utk mendengar jawapan balas dan alasannya dgn tenang. Jika suasana menjadi tegang, berundurlah buat seketika - esok lusa, kita akan terus mencuba!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 37 - Peliharalah baik-baik hatimu dari dihinggapi penyakit mazmumah - takabbur dan bangga diri. Sesungguhnya, itulah racun senjata utama syaitan laknatullah merosakkan anak Adam. Sekiranya suami isteri dihinggapi perasaan ini, retak akhirnya membawa belah. Bila sahaja terasa diri lebih hebat dari suami, beristighfarlah & pohonlah perlindungan Allah. Jika engkau mampu mengatasinya, paling tidak, engkau hanya perlu berdepan dengan keegoan suamimu sahaja. Jangan jadi mangsa mudah syaitan yg menunggu2 peluang memporak-perandakan rumahtangga yg dibina!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 38 - Hiasilah wajahmu dengan senyuman manis diukir ikhlas dari hati, setiap kali engkau berhadapan dengan suamimu. Mengukir senyuman jauh lebih mudah dari mengerutkan dahimu atau membiarkan wajahmu masam mencuka. Kuntumkan senyuman sepanjang perbualan telefon bersama suamimu. Nescaya suamimu akan lebih mudah menghadiahkan senyumannya pula buatmu!

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 39 - Keraplah menghantar suamimu di muka pintu, tika dia keluar bekerja (bagi sesiapa yang berkesempatan). Doakan kesejahteraannya, moga hari ini terlindung dia dari kejahatan dan penyelewengan. Moga terpelihara segala ibadah khususnya. Mudah-mudahan, petang nanti, kita akan dipertemukan lagi dalam suasana iman yang bertambah & kasih sayang yang melimpah ruah.

TALIAN HAYAT BUAT ISTERI : Nota 40 - Jadilah teman karib suamimu - yang sudi berkongsi suka dan duka bersama. Fahamilah kebimbangan dan kerisauannya, memastikan diri dan ahli keluarganya terlindung dari api neraka sebagaimana diperintahkan Allah dalam Surah AtTahrim, ayat ke6. Jika jelas terbukti dia terlupa perintah tersebut, peringatkanlah. Semoga ketaqwaan terus menjadi bekalan.

SUmber: Dr. Har

phd journey

Bismillahirrahmanirrahim,
Lama sungguh tak buat coretan dekat blog ni.....tak istiqamah betul la. Nak kata sibuk tak juga. tapi adalah juga kerja-kerja yang perlu dsiapkan segera.

Semalam dah finalised checklist form untuk buat field work... Alhamdulillah syukur pada Allah kerana telah menemukan aku dengan insan-insan yang baik yang sedia membantu tatkala ku kebuntuan. ketiga-tiga supervisor yang dilantik sememangnya best...superb...especially my third sv..she's really good..she did the thing that she supposely should'nt, termalu aku...ye..la dah terbawa-bawa sikap sarcastic orang lain dalam menilai dirinya. padahal dia bukanlah sebagaimana yang diceritakan. hopefully a good relationship between me and her will continue untill the end.


Khamis, 14 Julai 2011

makanan haram/halal

Last week masa pegi Johor...ada bersembang dengan pakcik belah suami pasal daging******.....sedikit terkejut apabila dia kata minyak/gelatin dari sumber*****  boleh makan la....maksud dia apabila struktur benda tu dah menjalani proses-proses yang sepatutnya. Aku bab2 gini memang sedikit ortodok apatah lagi bila terbaca penyelidikan saintis2 mengenai betapa tak eloknya benda tu....untuk dapat kepastian pasal benda tu aku telah google dan terjumpa perbincangan mengenai isu ini:
“Bagaimana Hukumnya Marsmallow
” ketegori Muslim. Assalamualaikum,
Saya adalah guru di sebuah SD Islam. Dua hari yang lalu, anak-anak didik saya mendapat katering yang salah satu itemnya adalah makanan kecil berupa mars mallow. Saya cukup kaget, sebab pernah baca bahwa mars mallow mengandung minyak babi. Apalagi pada kemasan makanan itu tidak ada tanda halalnya dan berupa tulisan Cina.
Ketika saya konfirmasi lagi ke guru lain dan wakil kepsek, mereka masih ingin bukti bahwa mars mallow itu halal atau haram, sedangkan artikel tentang mars mallow, tidak saya simpan.
Mohon ustadz jelaskan bagaimana sebenarnya mars mallow itu. Dan bagaimana caranya supaya saya bisa meyakinkan rekan-rekan di sekolah supaya tidak mengkonsumsi suatu yang syubhat. Mereka memang banyak yang belum tahu. Walaupun sekolah saya sekolah Islam terkenal tapi perhatian ke arah makanan halal dan haram, agak kurang. Seperti masih ada yang menjadikan Hoka-hoka Bento sebagai komsumsi anak-anak. Terima kasih untuk jawabannya.
Herti Windya Puspasari
Jawaban
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh
Kekhawatiran Anda itu barangkali karena banyak tulisan yang cenderung berhati-hati dalam masalah kehalalan makanan. Salah satunya barangkali apa yang ditulis di Republika oleh Ir. Muti Arintawati MSi, auditor LP POM MUI. Intinya beliau mengingatkan kepada kita agar berhati-hati mengkonsumsi makanan yang mengandung gelatin. Dan menurutnya, marshmallow yang beredar di negeri kita, adalah hasil impor dari luar negeri, yang tidak ada jaminan gelatinnya bukan dari babi.
Beliau menuliskan bawa bahan utama yang digunakan untuk membuat marshmallow modern adalah gelatin, putih telur, gula atau sirup jagung, dan flavoring. Letak kekhawatirannya ada pada gelatin, yang menurutnya banyak yang terbuat dari babi.
Jika gelatin berasal dari babi maka sudah jelas statusnya menjadi haram. Akan tetapi meskipun berasal dari sapi, cara penyembelihannya perlu diketahui untuk memastikan kehalalannya. Menurut beliau, kewaspadaan terhadap produk marshmallow ini semakin perlu dipertinggi karena pada kenyataannya, produk marshmallow yang beredar di pasaran Indonesia masih merupakan produk impor. Jenis gelatin yang digunakannya jarang dinyatakan secara jelas. Sementara, penggunaan gelatin ikan pada produk marshmallow masih sangat terbatas.
Ada beberapa produk marshmallow untuk vegetarian yang menggunakan gelatin ikan atau bahkan membuatnya secara tradisionil menggunakan bahan baku akar marshmallow. Akan tetapi sayangnya produk-produk vegetarian tersebut tergolong mahal.
Sikap beliau sebagai auditor memang perlu kita hargai. Dan kita yakin bahwa niat dan tujuannya baik, yaitu mengingatkan kita agar terjaga dari mengkonsumsi dari memakan makanan yang haram. Sebagai petugas, beliau sudah menjalankan tugasnya dengan baik.
Kaidah Fiqih
Di sini kami akan memberikan ulasan singkat tentang kaidah fiqih dalam masalah kehalalan makanan. Hukum halal tidaknya suatu makanan, berbeda dengan hukum ibadah ritual atau mahdhah.
Prinsip dasar ibadah ritual adalah segala bentuk ibadah ritual itu haram dikerjakan, kecuali bila ada dalil yang memerintahkannya. Segala gerakan shalat itu haram, kecuali bila ada dalil shahih dari Rasulullah SAW untuk melakukannya.
Sedangkan masalah di luar ibadah ritual, termasuk masalah kehalalan makanan, prinsipnya terbalik. Segala makanan itu halal hukumnya, kecuali yang disebutkan keharamannya. Kalau logikanya mengikuti logika ibadah ritual, maka hanya sedikit sekali yang boleh dimakan umat Islam. Sebab kalau tidak ada keterangan yang menghalalkannya di dalam Al-Quran atau As-Sunnah, hukumnya haram.
Lalu bagaimana kita boleh makan mangga, rambutan, pisang, jeruk, nasi, lontong, bakmi, pecel dan tahu gejrot, sementara tidak ada satu pun hadits yang menerangkan bahwa Rasulullah SAW pernah memakannya?
Demikian juga dengan makanan hewani, kalau semua harus disebutkan di dalam Al-Quran, tentu kita tidak bebas memilih makanan.
Karena itu, ketahuilah bahwa dalam masalah makanan dan kehalalannya, prinsipnya sederhana. Yaitu asal hukum semua makanan itu halal, kecuali yang disebutkan keharamannya.
Gelatin Babi dalam Pandangan Ulama Dunia
Ada satu informasi menarik yang perlu juga kita pahami. Bahwa keharaman gelatin babi ini ternyata tidak sepenuhnya disepakati para ulama. Ada yang menyatakan haram seperti LP-POM MUI, namun nyatanya ada juga para ulama dunia yang menghalalkannya. Jadi hukumnya masih boleh dibilang ikhtilaf di antara para ulama.
Menarik untuk kita kaji fatwa para ulama yang tertuang dalam Rekomendasi Muktamar ke VII Munadzomah Al-Islamiyyah dalam bidang ilmu kedokteran di Kuwait. Para ulama itu menyebutkan bahwa bila babi sudah mengalami proses perubahan jati diri , maka bisa menjadi halal.
Muktamar yang digelar dari tanggal 22-24/12/1415 bertepatan dengan 22/24/5/1995 adalah muktamar para ulama kaliber dunia yang duduk bersama membahas hal-hal yang berkaitan dengan zat-zat yang diharamkan dan najis yang terdapat dalam makanan dan obat-obatan. Berikut ini cuplikannya yang barangkali bermanfaat buat Anda yang bisa Anda rujuk ke kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah Zuhaili jilid VII halaman 5265.
Dzat-dzat makanan yang mempergunakan lemak babi dalam pengolahannya tanpa ada perubahaan dzatnya seperti dalam keju, mentega, minyak, biskuit, cokelat dan es krim adalah haram dan tidak halal memakannya secara mutlak. Hal tersebut didasarkan adanya ijma’ para ahli ilmu atas kenajisan lemak babi dan ketidak-halalan memakannya. Dan disebabkan tidak adanya kedaruratan untuk mengkonsumsi bahan makanan tersebut.
Al-istihalah berarti perubahan satu dzat menjadi dzat yang lain yang berbeda sifat-sifatnya, merubah dzat-dzat yang najis dan yang mengandung najis menjadi dzat-dzat yang suci dan merubah dzat-dzat yang haram menjadi dzat-dzat yang dihalalkan secara syara’. Dengan memperhatikan hal tersebut, maka:
  1. Gelatin yang terbuat dari prosaes penyulingan tulang hewan yang najis dan kulitnya adalah suci dan halal dimakan.
  2. Sabun yang dihasilkan dari proses penyulingan lemak babi atau bangkai menjadi suci dengan proses istihalah tersebut dan boleh untuk dipergunakan.
  3. Krim dan bahan-bahan kosmetika yang dalam proses pengolahannya mempergunakan lemak babi tidak boleh dipergunakan kecuali jika proses istihalah telah terbukti dan dzatnya telah berubah. Tetapi jika hal tersebut tidak terbukti maka semuanya masih dianggap najis.
Mungkin Anda akan sedikit bingung dengan fatwa para ulama kaliber dunia dalam kehalalan gelatin ini. Bahkan mungkin yang paling bingung adalah Ibu Ir. Muti Arintawati, MSi., auditor LP POM MUI. Sebab dengan amat yakinnya beliau menyatakan bahwa gelatin babi itu haram, tiba-tiba para ulama dunia yang berkumpul di Kuwait menyatakan kehalalannya.
Namun keterkejutan mereka tidak perlu terlalu lama, sebab memang demikianlah wajah dunia fiqih. Selalu ada perbedaan pandangan, antara yang menghalalkan dan yang mengharamkan. Antara yang terlalu berhati-hati dengan yang memudahkan. Semuanya adalah ijtihad, bila benar akan mendapat 2 pahala dan bila salah akan mendapat 1 pahala.
Lalu bagaimana sikap kita? Makan atau tidak?
Kembali kepada keyakinan mana yang kita pegang. Keduanya adalah pilihan yang sama-sama dilandasi ijtihad para ulama. Sama-sama boleh dipegang dan sama-sama punya kajian mendalam.
Namun kalau boleh kami memberi saran, sebaiknya kita meninggalkan hal-hal yang meragukan kepada hal-hal yang kita yakini kebenarannya. Akan tetapi kita tetap harus jujur dengan kajian ilmiyah para ulama dengan ragam pendapatnya, apa adanya kita ungkap dan kita sampaikan. Tetapi pilihan kembali kepada masing-masing kita.
Wallahu a’lam bishshawab wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Ahmad Sarwat, Lc.
Sumber Bagaimana Hukumnya Marsmallow : http://assunnah.or.id
 ** tak berkesempatan lagi untuk merujuk Kitab Fiqh Sunnah