Rabu, 6 Ogos 2014

Pengalaman mempunyai maid

Teks: Jazilah mohd Saad

Bismillahirrahmanirrahim dengan Nama Allah Yang Maha pemurah lagi maha Mengasihani. Sekadar perkongsian.

Keperluan terhadap pembantu rumah aka orang gaji aka maid semakin meningkat selari dengan perkembangan kemajuan negara. Apatah lagi kebanyakan isteri/ibu turut sama bekerja bagi menampung perbelanjaan yang semakin meningkat. (bersyukuslah Wahai suami-suami di luar sana). Saya seperti mana kebanyakan isteri dan ibu di luar sana juga tidak terkecuali.

Saya mula mengunakan khidmat pembatu rumah pada tahun 2008, pada masa tu tahun kedua berkhidmat di Sarawak. bidang tugas pula memerlukan saya sentiasa travel ke luar daerah. Dipendekkan cerita akhirnya saya memperolehi seorang pembantu yang berasal dari bandung. berumur lewat 40 an. Awalnya saya sedikit skeptikal melihat bagaimana cara dia melayan anak-anak. tapi perasaan tu dibiarkan saja memandangkan masih baru. Hampir setengah tahun masa berlalu...kami pernah membawa dia balik ke semenanjung untuk berhari raya dan pada masa yang sama saya dan suami menunaikan umrah. semasa di rumah kakak dia pernah keluar ke Kuala Lumpur dan meninggalkan anak-anak bersama kakak. namun lama kelamaan dia mula menunjukkan perangai yang sebenar. pada mulanya kami tidak berapa nak percaya apabila jiran-jiran menceritakan kisah dan kejadian sewaktu ketiadaan kami. akhirnya kami sepakat meletakkan pita perakam.
pada waktu tengahari suami saya balik mnegambil pita rakaman dan alangkah terkejutnya rupa-rupanya dia hanya bermuka-muka. belum sempat lagi kereta keluar dari kawasan rumah dia sudah memulakan sesi penderaan emosi anak-anak. huh.....ditengking, di marah disumpah dan diseranah. antara yang boleh saya katakan hati mendidih dengan apa yang dilakukan.
Tanpa berfikir panjang saya terus membatalkan permit kerja beliau dan menelefon ejen untuk urusan penghantaran balik. Dalam hari yang sama semua urusan selesai. Alhamdulillah pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati-hati dalam mencari dan memilih orang gaji. Kita mungkin sering melupakan bisikan naluri yang kita gelar sebagai instinct". Sesekali kita wajar untuk tidak mudah mengambil mudah dengan perasaan itu kerna adakalanya ia betul. Apatah lagi naluri seorang ibu terhadap apa yang berlaku terhadap anaknya.

Semoga ada manfaatnya************

Tiada ulasan:

Catat Ulasan