Ahad, 23 Jun 2013

Assalamualaikum....



Andai tidak mampu menyenangkan orang lain cukuplah sekadar tidak menyusahkan orang

Bunyinya cukup mudah namun pelaksanaannya tidak mungkin begitu.


Itu janji Allah….namun sedar tak sedar dalam kehidupan seharian betapa kita banyak menyusahkan kehidupan orang lain samada sengaja ataupun tidak. Saya suka mengaitkan perkara ini dengan kehidupan seharian sendiri. Mungkin ada yang bersetuju mungkin ada yang tidak.

Setiap pagi saya akan menghantar anak ke dua buah sekolah yang berlainan. Namun dalam perjalanan saya akan singgah di tiga tempat.. pertama untuk meletakkan pakaian sekolah anak di tempat transit, kedua sekolah agama  anak dan ketiga tadika. tiga tempat berbeza namun situasi dan keadaan hampir sama dengan orang yang berbeza. selalu saya perhatikan masyarakat kita cukup tidak prihatin dengan orang lain. suka meletakkan kereta atau memberhentikan kereta mereka sesuka hati. Apakah mereka tak perasan bahawa dengan perbuatan itu mereka telah menghalang laluan orang lain dan menyusahkan orang lain sehinggakan adakalanya menyebabkan kesesakkan kepada jalan tersebut. Apa yang lebih saya tak berkenan adalah mereka memberhentikan kereta betul-betul di hadapan pagar sekolah...apalah salahnya sekiranya jauh sedikit atau kalau takpun masuklah ke dalam ruang sekolah yang dibenarkan dan buat sedikit pusingan. Oleh kerana tidak ingin menyusahkan diri maka jadilah perlakuan kita menyusahkan orang lain pula ...alanglah malangnya. itulah kita..sikap kita.

  sabda nabi..



من ضار ضار الله به ومن شاق شاق الله عليه

Maksudnya: Barangsiapa yang membawa mudarat maka Allah akan memudaratkannya dan barang siapa yang menyusahkan orang lain maka Allah akan menyusahkannya pula
Riwayat abu daud no 3635

marilah kita sama-sama bermuhasabah dan berlapang dada semoga apa yang kita lakukan sepanjang kehidupan seharian kita tidak menyusahkan dan memudaratkan orang lain.

Ya Allah aku memohon keampunan daripadamu.

Salam Nisfu Syaaban


Rabu, 5 Jun 2013

ebook tulis tesis cepat

http://www.tulis-tesis-cepat.com/hop.php?ref=jazilah

Saya membeli e book ini pada tahun lepas. gaya penulisan yang santai membuatkan kita tidak berasa jemu untuk membacanya. alhamdulillah saya mendapat semangat dan panduan dengan membaca e book ini. kini saya dalam peringkat akhir penulisan. hanya menunggu green light daripada penyelia. syukur saya diketemukan dengan ebook ini pada peringkat saya masih blur mencari hala tuju penulisan. dengan adanya panduan yang diberikan oleh Dr Ot ia sememangnya memudahkan gerak kerja saya. terkadang saya terlalai dan terleka, ebook inilah yanag memberikan semangat dan panduan kepada saya memulakan semula gerak langkah saya sehingga ke garisan penamat.
kepada sesiapa yang masih tercari-cari langkah yang betul dan tepat...ebook ini pastinya jawapan yang wajar kepada anda. hanya klik link di bawah untuk membeli. insyaallah anda pasti bersyukur memilikinya.
http://www.tulis-tesis-cepat.com/hop.php?ref=jazilah