Ahad, 30 Januari 2011

besday kimi

hujung minggu memang menyeronokkan apatah lagi bagi hakimi...besdaynya jatuh hari Sabtu tapi coz abah kerja makanya celebrate je la hari Ahad.... tak tau nak celebrate kat mana...alih2 Kenny Rogers jadi sasaran. first time ku menjejjakkan kaki kat situ sepanjang hidup ni...almaklumlah orang kampung. manala ada duit nak pegi tempat2 sebegitu dulu-dulu. tapi sekarang bukanla kaya pun tapi demi anak-anak pegi la juga. Irsyad pulun habis apa yang di order....macam kebulur la plak, nak kata tak makan..tak jugak rasanya tak 2-3 mangkuk laksam dipulunnnya kat rumah. almaklumla mama sedikit rajin hari ni...try buat laksam lepas tu menjadi la plak. sungguh seronok.

eh...melalut cerita lain la plak...entry ari ni pasal celebrate besday kimi je la.....hmmmm dah selesai makan tengok bil....rasa macam nak bersinla plak...dussss mahal  betul makan kat sini...tapi takpa la sekali sekala abah belanja...apa la salahnya kalau keluar duit lebih skit..... kalau tak mama je yang asyik masak boring gak.


dah abis makan, tuntut hadiah la plak...nak jam....eh..eh rasanya dah berapa kali beli jam tak pernah tahan lama..paling lama pun seminggu kot. demi hakimi pusing la keliling alamanda nak cari jam warna biru...takde la pulak...kartun tak nak dah sebab dah besar la...ish..ish mama ni tak tau la plak anak bujang ni dah besar...

dah abis alamanda dipusing..so mama buat keputusan mama yang belikan je dekat kedai jam PKNS warna ikut suka mama...hi..hi kuasa veto la katakan. singgah kat PKNS terus terjah kedai jam kat tgkt 2..layaanan tak memuaskan betul dahla harga tak leh kurang.... tak mesra alam betul.....angin betul aku, first and last kot pegi situ....nak berniaga layan la customer betul2///aku pun pernah berniaga dulu-dulu.

selesaila misi celebrate besday kimi...empunya diri tersenyum sampai kat telinga sepanjang hari. balik rumah dapat lagi present yang mama dah belikan.....senyum lagi...hi..hi..hepi besday to my Hakimi semoga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat.

Jumaat, 28 Januari 2011

school holiday

hoorey......esok start cuti, jerit hakimi sesampainyer kat rumah petang tadi, hai...seronok sakan depa bila cuti...apa yang penting boleh bangun lewat...boleh lepak2 depan tv, boleh naik basikal, boleh berlari2 kat padang.etc.... kadang-kadang kesian gak kat dorang,  dari seawal 6 pagi bangun tidur dan tidur semula pukul 10 malam tak sempat nak berehat, balik sekolah agama pukul 11 bersiap nak pergi sekolah kebangsaan pulak. balik pukul 7, belum sempat rehat dah kena jerit suruh senbahyang dan mengaji..lepas tu kalau ada homework, buat homework pulak. mamanyer pula yang terlebih rest sekarang.....hi..hi bukan sesaja rest, rest cari idea sebenarnya.

dok terpikir...apa la agenda cuti sekolah ni..sempat ke nak bawa dia orang ke mana2...abah dia orang kerja dari pagi sampai malam whole week. mama pulak kena pulun settlekan proposal....harap2 dapat settle by next week. kesian la pulak kat bebudak ni. nampak gaya terperuk kat rumah je la. harap2 dapatla luangkan masa skit untuk anak-anak, apatah lagi esok besday abang kimi.

apa-apapun agenda mama dah siap dah...
sabtu- lepas abis conversation class kul 2 nak p cari hadiah besday abang kimi
ahad-cooking time. projek buat laksam dan playdough tuk anak-anak
isnin-pergi jumpa advisor untuk revise proposal yang tak keberapa kali ntah...hopefully lepas
selasa-start cari bahan untuk bab 2 & 3
rabu:-rest
khamis- study
jumaat study
sabtu-rest
ahad-rest

so nampak gayanya bawa p jalan2 sekitar bangi je la...sori yer anak-anakku, nanti ada masa yang sesuai kita akan pegi jalan jauh skit...hi...hi bila tu??????mama pun tak pasti.

Jumaat, 21 Januari 2011

kertas renungan

SEKADAR RENUNGAN ( entah betul ntah tidak....walau apapun...dah lepas dah)

1.0 PENDAHULUAN

Kertas renungan ini adalah berdasarkan kepada penelitian dan pengamatan penulis terhadap filem Semerah Padi. Pengamatan penulis dalam kertas ini akan berkisar kepada pelbagai aspek dan nilai yang ditonjolkan di dalam filem tersebut merangkumi aspek nilai dan kemasyarakatan serta undang-undang dikaitkan dengan keadaan semasa.

2.0 ASPEK NILAI DAN KEMASYARAKATAN

Pelbagai aspek nilai positif kemasyarakatan telah ditonjolkan di dalam filem Semerah Padi antaranya adalah mengenai peranan ketua dan ahli masyarakat dalam membina masyarakat dan menjamin keutuhan dan perpaduan dalam masyarakat. Kehidupan bermasyarakat digambarkan sebagai sebuah badan yang mana seluruh organnya saling mempunyai tugas dan peranan masing-masing samada secara sendirian atau kolektif dalam membina dan menjaga keselamatan badan. Peranan yang dimainkan oleh setiap ahli masyarakat amat penting dalam penerusan semangat gotong royong, perpaduan dan sebagainya. Keutuhan sesebuah masyarakat juga hasil daripada ketaatan rakyat kepada tampuk pemerintahan. Aspek positif lain yang boleh diambil pengajaran ialah sikap mementingkan tugas dan tanggungjawab melebihi kepentingan peribadi.

3.0 ASPEK UNDANG-UNDANG

Aspek undang-undang adalah aspek utama yang dilihat ingin ditonjolkan dalam filem semerah padi. Ini menunjukkan bahawa antara hal atau perkara yang menjadi kayu ukur kepada pembinaan negara dan masyarakat ialah hukum hakam atau undang-undang yang tertegak di dalam sesebuah negara itu. Dalam mana-mana negara pun, soal undang-undang dan perlembagaan menjadi inti teras kepada pembinaan negara. Dimensi undang-undang dan perlembagaan boleh diumpamakan sebagai rukun utama kepada keutuhan sesebuah negara. Filem Semerah Padi telah menonjolkan bahawa kerukunan atau kedamaian sesebuah pemerintahan memerlukan undang-undang yang menjadi dasar pemerintahan. Undang-undang Islam mejadi asas pemerintahan Kampung Semerah Padi. Walaupun perlaksanaan undang-undang Islam yang ditonjolkan tidaklah menepati kehendak undang-undang Islam yang sebenarnya namun ia adalah permulaan yang baik buat santapan rohani masyarakat.

Tiga jenis kesalahan undang-undang yang ditonjolkan di dalam filem tersebut dan hukuman telah dilaksanakan kepada pesalahnya iaitu perbalahan atau pertikaian di antara dua ahli masyarakat, kesalahan berzina dan disusuli dengan pembunuhan dan pemberontakan. Hukuman terhadap ketiga-tiga kesalahan ini ditentukan oleh ketua masyarakat dan dihukum berdasarkan hukum Islam.

3.1 Konsep sebenar undang-undang Islam

Di dalam Islam terdapat tiga jenis jenayah dan hukumannya ialah hudud, qisas dan takzir. Hudud adalah kesalahan jenayah yang ditetapkan kadarnya oleh Hukum syarak, yang tidak ada minima dan maksimanya dan yang tidak boleh digugurkan sama sekali sama ada oleh individu atau pemerintah. Qisas juga ditetapkan kadarnya oleh Hukum Syarak tetapi boleh dimaafkan samada melalui bayaran diyat atau tanpa diyat sekalipun kes itu telah sampai ke mahkamah. Takzir pula adalah kesalahan jenayah yang tidak ditetapkan kadarnya oleh hukum syarak tetapi ditetapkan oleh kerajaan atau hakim mengikut budi bicaranya.

Di dalam pelaksanaan undang-undang Islam beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ialah berkenaan siasatan, pendakwaan dan hukuman. Setiap perkara ini perlu diberi perhatian agar hukuman yang dilaksanakan adalah secara adil disamping memberi pengajaran kepada pelaku dan masyarakat.

3.2 Tatacara siasatan dan pembuktian

Konsep penyiasatan dalam Islam adalah sangat luas dan mencakupi pelbagai perkara samada urusan individu atau urusan berkumpulan. Tatacara penyiasatan akan bermula daripada maklumat awal yang dibuat oleh mana-mana orang (rujuk sekyen 54 Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Sarawak 2001). Siasatan diperlukan bagi mengetahui kebenaran sesuatu maklumat yang diberikan sebagaimana firman Allah dalam Surah al Hujurat ayat 6 yang bermaksud:

wahai orang-orang yang beriman, jika seorang fasik datang menemui kamu membawa sesuatu berita, maka selidikilah kebenarannya kerana dikhuatiri kamu mengenakan tindakan yang buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan dan menyebabkan kamu menyesal terhadap tindakan yang kamu lakukan."

Siasatan boleh dilakukan sebelum tangkapan atau selepas tangkapan dibuat dan ia perlulah merangkumi semua perkara termasuklah berkenaan dengan saksi samada bayyinah atau syahadah. Dalam keadaan seseorang itu ditangkap, ia berhak dan perlu dibenarkan berunding dengan peguam atau mengadakan jaminan bagi pelepasannya. Peruntukan Undang-undang Jenayah Syariah di Malaysia membezakan di antara kesalahan boleh tangkap dan kesalahan tidak boleh tangkap. Justeru tatacara penyiasatan bagi kedua-dua kesalahan ini juga berbeza.

3.3 Pembuktian dalam hukum Islam

Di dalam perbicaraan penuh Kesalahan Jenayah Syariah, kewajipan pendakwa ialah membuktikan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan seperti di dalam pertuduhan. Tertuduh juga dianggap tidak bersalah selagi ia tidak dibuktikan sebaliknya. Oleh itu tugas seorang Pendakwa Syarie adalah amat berat untuk membuktikan dan dapat menafikan kedudukan asal bahawa seseoarang itu tidak dianggap bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya.

Sebagaimana dijelaskan sebelum ini terdapat tiga jenis hukuman di dalam kesalahan jenayah syariah iaitu hudud, qisas dan takzir. Pembuktian dalam kes Kesalahan Jenayah ini berbeza mengikut jenis kes. Hukuman hudud iaitu rejam dengan batu (bukan sula dengan lembing seperti di dalam filem Semerah Padi) dan juga sebatan umpamanya memerlukan pembuktian yang kukuh. Penzina yang dijumpai sudah berzina dan terkapar keletihan, tidak boleh dihukum had kerana saksi

tidak nampak mereka berzina. Begitu juga dengan kesalahan membunuh tanpa adanya saksi yang menyaksikan jenayah tersebut berlaku. Justeru bukti sahaja tidak mencukupi dalam hukuman hudud. Bukti mesti disertai dengan saksi. Justeru, kedudukan saksi amat penting. Walaupun perempuan itu terbukti sudah mengandung hasil persetubuhan haram, hukuman hudud masih tidak boleh dilakukan. Ini tidak bermakna wanita itu terlepas daripada hukuman. Wanita yang didapati berzina dan didapati bersalah dengan bukti-bukti yang mencukupi (tanpa saksi) mungkin perlu dihantar ke pusat perlindungan agar kebajikan diri dan anaknya terjaga.

Begitu juga berkenaan pembuktian berkaitan kesalahan yang lain yang telah menetapkan garis panduan dan bilangan saksi yang diperlukan bersesuaian dengan jenis kesalahan yang dilakukan. Dalam keadaan lain niat juga perlu dibuktikan samada wujudnya mensrea atau actusrea tertuduh dalam jenayah tersebut.

Pelaksanaan hukuman hudud bagi penzina yang muhsan di dalam filem tersebut bukanlah gambaran pelaksanaan hukuman hudud yang sebenar. Hukuman had bagi penzina muhsan yang sebenarnya ialah rejam sampai mati dan bukan sula sebagaimana dalam filem tersebut.

Dalilnya sebagaimana hadis rasulullah saw. Yang bermaksud:

Dari Abu Huraira ra ia berkata, ada seorang laki-laki menghadap Rasulullah SAW di masjid lalu menyeru. Ya Rasulullah sesungguhnya aku benar-benar telah berzina. Kemudian Rasulullah berpaling sehinggaa orang tersebut mengulangi Empat kali ia dipanggil oleh Rasulullah seraya berkata” apakah engkau menidap nyakit gila” ia menjawab tidak, nabi bertanya adakah engkau berzina muhsan? Ia menjawab betul.lalu nabi SAW menyuruh para sahabat “bawalah dia lalu rejamlah”. Ibnu Shihab nerkata ada seorang yang mendengar daripada Jabir Bin Abdullah memberitahu bahawa jabir berkata”aku termasuk salah seorang yang merejamnya iaitu kami rejam dimusalla. Tetapi tatkala batu-batu lemparan itu melukainya ia lari lalu kami tangkap dia di Harrah, kemudian kami rejam sampai mati.

Sahih al Bukhari

3.3 Cara pelaksanaan hukuman Islam

Hukuman rejam ataupun hukuman bagi pelbagai kesalahan Jenayah Syariah yang lain dilaksanakan di hadapan orang awam bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada masyarakat.

4.0 PENUTUP

Sebagai kesimpulannya, perbincangan di atas hanyalah sedikit sahaja perbincangan ringkas yang boleh dikupas apabila membicarakan berkenaan perlaksanaan undang-undang Islam berbanding perbincangan yang amat luas mengenai perkara ini dalam pelbagai isu dan aspek. Namun apa yang paling penting yang harus disebut di sini ialah hikmah hukuman dalam undang-undang Jenayah Islam sebenarnya adalah untuk mendatangkan kesedaran kepada masyarakat dan memberi pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang serupa.


SUMBER RUJUKAN

1. Al Quran al-Karim

2. As sunnah

3. Ordinan Tatacara Jenayah Syariah Sarawak 2001

Khamis, 20 Januari 2011

Solat Isthikarah- pentingkah ia

di pagi-pagi jumaat terasa nak buat entry tazkirah la plak....tazkirah hati dan diri sendiri.
Solat istkhirah, penting atau tak? of course la penting..tapi sejauhmana, adakah hanya semasa nak kahwin atau nak buat perkara yang penting sngat je. bagi saya, solat istkhirah amat perlu tak kira la perkara yang kita nak buat itu penting sangat atau pun kecil sangat. bagi saya walaupun perkara tu kecil sangat pun pastinya suatu masa nanti akan ada kesan yang mungkin besar dalam kehidupan kita.

sepanjang 34 tahun menjalani kehidupan ini saya mula berjinak-jinak dengan solat isthikarah sejak di sekolah menengah lagi. Ustazah dan ustaz sentiasa menggalakkan student2 buat solat isthikharah menjelang peperiksaan. Yang lawaknya ada seorang kawan bagitau....aku nak minta ditujukkan soalan periksa la...lawak memang lawak, tapi dengan kuasa Allah tak mustahil itu akan berlaku. tapi insan2 terpilih je la.

Orang yang tak biasa buat mesti akan tanya...macamana kita dapat petunjuk untuk nak buat atau tak ye? ssebenarnya macam2 cara yang Allah tunjukkan, ada melalui rasa hati, gambaran dalam mimpi, dipermudahkan urusan dan mungkin ada lagi cara lain.  InsyaAllah dengan mengamalkan solat istkharah hidup kita akan lebih mudah dan bahagia.

namun kadang-kadang, walaupun dah selalu buat, kita akan lalai juga. apa-apa keputusan yang nak buat, terus dibuat tanpa solat istikharah terlebih dahulu...mungkin faktor masa juga banyak mempengaruhi. tak sempat nak buat solat time tu...orang tu minta keputusan segera. itulah alasan yang sering kita buat. alih-alih apa yang kita putuskan bukanlah yang terbaik. menyesallah pulak. walu apapun hidup mesti diteruskan, jadikan itu sebagai pengajaran. (refer kat diri sendiri, pernah melabur banyak K la jugak...alih2 syarikat diarah tutup, semua aset dibeku...melopongla....keuntungan tak dapat duit lesap)

saya pernah terbaca kisah seorang lelaki yang amat mementingkan solat istikharah even masa nak beli mei basuh pun dia buat istikharah....kehidupannya dan keluarga amat sempurna dan bahagia. insyaAllah semoga dapat menjadi seperti beliau. semoga Allah berikan istiqamah pada saya untuk meneruskan segala mala yang baik ini. Ameen

Thaipusam day

hari cuti memang hari yang ditunggu-tunggu oleh semua.....padaku hari cuti atau sama je...tiada istilah cuti selagi my proposal dan lebih2 lagi tesis belum settle. boleh ke tak dak cuti. tipulah... setiap hari adalah cuti....cuti dari pergi opis..best gak..hari2 dok kat rumah. walau apapun hari cuti penting terutama buat anak-anak yang excited sangat nak guna Score A. kalau hari sekolah masa amat terhad pagi sekolah..petang pun sekolah..balik rumah dak dekat maghrib...mandi makan plus mengaji dah pukul 8.30. buat kerja sekolah skit2 dah pukul 9/ 9.30. mmm pukul 10, mama dan abah dah suruh tidur. hari cuti la peluang bagi depa godek2 Score A....hopefully dengan adanya Score A...ruang dan peluang dok melangut depan TV kurang la skit. kurang la sikit peluang mama dok babling....hi...hi babling ni memmang kerja azali orang pompuan kan. hubby cakap..babling is caring....betul ke? of course la takkan la nak babling kat orang suku sakat plak kan.
hubby kena keja la plak petang ni...makanya dok rumah tatap tv/laptop/buku la kerja aku. tapi untuk tatap tv lama-lama, bukan my favorite lagi for the time being. aku pun tak tahu la napa. dulu...kalu ada cerite yang best aku akan dok mengadap berejam2 sekarang takdak lagi...mungkin sebab umur kot...dah tua dah rupanyer...hi...hi bukan tua ...dewasa, bagi peluang kat anak2 anak la plak. So hari cuti itu la kerja aku & anak2. kerja2 rumah exclude memasak dah bagi kat maid...ringan beban den...

Selasa, 18 Januari 2011

irsyad lagi...uhu..sunguh menguji kesabaranku...hari ni disebabkan tak boleh nak conteng kat kasut abangnya..mengamuk tak nak pakai kasut, puas la kakak (panggilan pada maid) cuba nak pakaikan, tak nak. alih-alih kena tinggal kat van. apa lagi anginku pun sedikit berubah...hi...hi...takpala kalau tak nak pegi...dok je kat rumah...dia jawab ape..(sambil nangis) sebab tu la isyad tak nak pakai stokin & kasut sebab tak nak pegi dengan van, nak mama antarkan. Bijak...bijak, macam alasan direkanya. selepas bincang dgn husband (time gini husband la selalu jadi kaunselor) terpaksala p hantar si budak panjang akal ni ke sekolah. Alhamdulillah ada hikmahnya...dengan sebab antar irsyad ke sekolah, maka terpaksalah turun awal skit dari rumah, (ada kelas kat UIA) sempatla solat jemaah kat masjid. kalau tak mungkin sembahyang zohor kat rumah je la. thanks my dear, Allah telah memberikan ruang dan peluang untuk mama mendapat ganjaran pahala melalui dirimu.

Khamis, 6 Januari 2011

anak-anak

masa berlalu begitu pantas...dah hampir seminggu persekolahan bermula.. macam 2 ragam dan peristiwa yang berlaku sepanjnag minggu ni.. hakimi dah masuk darjah 2 dan irsyad pula dah darjah satu, cepat betul mereka membesar..macam baru semalam mereka dilahirkan..cerita pasal sekolah, hari kedua perskolahan betul2 mengejutkan.. patutnya hari tu ada kelas kat uia, rasa macam tak nak pegi, bukan apa pikirkan anak2 . abah diorang plak kerja sampai malam, kalau jadi apa2 macam mana..memang betul la, naluri seorang ibu itu betul...petang tu hujan lebat,,,hati ni dah rasa tak sedap jer...macm mana la budak2 ni..ok ke mereka.. dah hampir masuk maghrib kelibat van belum nampak..mmm bertambahla risau hati si ibu.. telepon suami..bagitau yang anak2 belum balik....pukul lapan van masih belum sampai...... hai apahal ni...cuba ku tenangkan hati..lebih kurang 8.10 minit van sampai. berkejar aku ke pintu van. mi, mana irsyad tanyaku dengan nada kerisauan. tak jumpa...dua patah perkataan tu je yang terkeluar dari mulut si abang. tak tau la ...dah cari dah tak der..sampuk pakcik drebar. kejap lagi nak pegi balik ni nak tengok kat sekolah...tambah pakcik lagi. aku tanpa sepatah kata terus masuk kerumah dan mencapai kunci serta dompet. sambil tu sempat lagi bertanya pada mi...mana adik...sambil air mata mengalir laju. tak tahu...air matanya turut bercucuran, ternyata sekali begitu runsing dan bimbangkan adiknya. ku pecut kereta sambil tangan terus mendail suami. panggilan tak dijawab lantas ibu di kampung menjadi sasaranku. kakak yang mengangkat.. tanpa di tanya terus ku menangis memaklumkan ...irsyad hilang...sambil airmata laju mencurah2. istighfar, sembahyang hajat..pesan kakakku berulang kali.aku tak putus2 berdoa.. YA Allah selamatkanlah anakku. jangan berlaku apa2 kat dia. Tatkala kereta menghampi bus stand sekolah dari jauh ku namapak kelibat irsyad. Kereta diberhentikan tak sempat kupadamkan lampu terus aku memelukknya.. irasyad pegi mana..tanyaku bertalu2. hujan..tunggu hujan berenti. Ya allah anakku. Alhamdulillah terima kasih pada guard dan cikgu yang turut ada kat situ pada masa tu......