Jumaat, 8 Januari 2010

Cerita awal tahun

salam untuk semua,

lama sungguh saya tak menulis dalam blog. Rasa rindu plak,

minggu pertama tahun baru, suatu pengalaman yag baru bagi diri saya dan mungkin ibu-ibu lain di luar sana. ya la, kali pertama dalam hidup mengurus anak masuk sekolah. rasanya anak-anak tak lah sebegitu teruja berbanding mak bapak.. mak bapak pulak yang lebih2. bukan apa bercampur baur antara seronok, risau, bangga dan macam-macam persaan lagi. bagi meraikan anak masuk darjah 1, saya ambik cuti seminggu.

hakimi dah masuk darjah 1 tahun ni, memangseronok sangat, selain dapat kawan, apa yang paling dia seronok......ha ..ha kantin, seronok betul dia cerita kat sekolah ada kantin, mmm tak payah baawak bekal mama, kat kantin dah ada semuanya...boy..boy dah besar anak mama rupanya. sebelum ni kami tak pernah ajar pun dia membeli, bukan apa, nanti kang hari2 nak pi kedai, apatah lagi kedai selang beberrapa rumah je.

gelaagat anak mengingatkan kita pada pengalaman waktu kita mula-mula sekolah dulu.. dulu kat kampung, jalan kaki je, mak antar pun jalan kaki, selang 2 hari terus pergi dan balik sendiri, mak ayah tak risau apa2. tapi sekarang cukup berbeza. dengan situasi kerja dan faktor keselamatan cukup merisaukan ibu bapa. anak lelaki dan pompuan sama je risaunya. InsyaAllah, mudah-mudahan semuanya berjalan lancar